Tuesday, December 25, 2012

Kenyataan hidup disebalik kehidupan ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Ditangan kirinya ada kapur manakala ditangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “saya ada satu permainan... caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur dan ditangan kanan saya ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebut “kapur”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka sebut “pemadam”. Anak muridnya faham dan menyebut dengan betul, guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur makan sebut “pemadam”, jika saya angkat kayu pemadam maka sebut “kapur”. Dan diulang seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun, lambat laun mereka kembali seperti biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa minit kemudian permainan dihentikan.
Guru tadi tersenyum kepada murid-muridnya dan berkata, “murid-murid, begitulah kita umat islam. Mula-mula yang haq itu haq dan yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi batil dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita akan mulai mengikutinya. Musuh-mush kita tidak pernah berhenti membolak balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum islam dari semasa ke semasa. Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik, pakaian yang seksi meksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu dan segan menayang tubuh yang mengenakan dress yang ketat metat, terlebih kain disana terkurang kain disini kepada lelaki ajnabi. Trend hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.” “semuanya sudah terbalik, dan tanpa kita sedari, kita sedikit demi sedikit menerima tanpa rasa ia satu kesalahan. Faham?” tanya guru kepada anak muridnya. “Baik, untuk permainan kedua,...” guru meneruskan..
“Cikgu ada quran, cikgu akan letak di tengah karpet. Sekarang kamu semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?” murid-muridnya mula berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat dan macam-macam lagi. Akhirnya guru memberi jalan keluar, digulungnya karpet dan ia ambil quran tersebut. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “murid-murid, begitulah umat islam dengan musuhnya.. musuh islam tidk akan memijak dengan terang terangan.. kerana tentu kita akan menolak denga mentah. Orang biasa pon x suka kalau islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur sehinggakan kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah islam, jika ingin kuat maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah jika dimulai dengan tapaknya dulu, tentunya dinding dan peralatan dikeluarkan dulu baruah rumah dihancurkan. Begitulah musuh-musuh islam menghancurkan kita, ia tidak akan menghentam terang –terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dengan perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran islam dan mengikuti cara mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita”, “kenapa mereka tidak berani memijak kita secara terang-terangan cikgu” tanya seorang murid. Sesungguhnya mereka dahulu terang-terangan menyerang islam, misalnya perang salib, perang tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah islam... kalau diserang perlahan-lahan mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang terang-terangan, kita akan bangkit serentak dan mereka akan gerun.

Tamat cerita..... hehe

Moralnya disini, ana nak cerita berkenaan dengan akidah. Inilah penyebab runtuhnya akidah islam dan tumbangnya satu persatu anak bangsa. InsyaALLAH, kita fikir-fikirkan bersama dan sama-sama kita muhasabah kembali diri kita yang sering terleka ini.. 
Assalamualaikum wbt..

Monday, December 24, 2012

Jangan bersedih

selagi mana kita masih boleh bernafas,
selagi itulah masih ada peluang dan harapan, 
ruang dan peluang untuk memperbetulkan keadaan. 
Apa yang penting,
jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.

Tuesday, December 18, 2012

Kisah bidadari paling cantik di syurga

Assalamualaikum wbt.. antum pernah dengar tak lagu nasyid yang bertajuk Ainul mardhiah? faham tak kisah disebalik lagu tersebut? hurmm.. ni dia ana nak share sikit dari hasil pembacaan ana iaitu kisah bidadari paling cantik di syurga iaitu 'Ainul Mardhiah'

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab,  "inilah Syurga".

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasullulah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Wallahualam...

~nick-aqielah@miahalieqa~

Monday, December 17, 2012

We are special!!!

Assalamualaikum wbt... (baca Al-Fatihah sendiri ye)  Tajuk entri kali ini khas untuk perbincangan atau renungan buat sahabat-sahabat group usrah ana dimana ana nak cerita tentang istimewanya kita ini.. Sebelum baca entri ini sampai kebawah jom kita sama-sama laungkan ,"WE ARE SOOO SPECIAL!"and don't forget to say Alhamdulillah...
Setiap daripada kita lahir daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak berasa lemah, itulah dia "WE ARE SPECIAL!". Kita punya akal, akal adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Akal membezakan antara manusia dengan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah dihadapan orang lain sebenarnya sedang bersifat kufur dengan nikmat Allah, kufur ini dinamakan kufur nikmat dimana jika tidak silap ana tajuk ini kita pernah belajar sewaktu tingkatan 5 atau tingkatan 4. Manusia seperti ini tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. Contoh ayat yang sering kita dengar disekeliling kita "aku bodoh, mereka pandai.. aku lemah tak punya apa-apa, mereka sangat hebat jika nak dibandingkan dengan aku", "siapalah aku ni, dah la bodoh, x sempurna pula tu". (Ini hanya sekadar contoh, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia). Suka ana nak 'highlight'kan ayat ini 'orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah'. Maka, menyedari bahawa kita semua adalah istimewa, adalah jalan menuju kesyukuran. Bak kata Prof. Ezy, renung-renungkan dan selamat beramal...

Firman Allah SWT:
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) ~ (At-Tiin :4)

Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya.

Firman Allah SWT: 
"kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. ~(At-Tiin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Justeru, kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. (tapi jangan terlebih megah pula, riak namanya tu). Yakinlah bahawa kita BOLEH! jangan ragu-ragu dengan keputusan dibuat, mintalah petunjuk dariNya, insyaALLAH.. itulah yang terbaik. Dengan itu, kita tidak lagi merasa sedih dan lemah disisi manusia. Bahkan itulah yang dikehendaki Allah SWT. Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa " WE ARE SPECIAL!" cuma kita  perlu didik diri kita supaya menjadi orang yang berkeyakinan tinggi.. 
Wallahualam...

~nick-aqielah@miahalieqa~
 

Tuesday, December 11, 2012

Buat saudariku..


Saudariku.. 
ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber kesegaran. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.. 

Saudariku..
hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu', bibirmu dengan tilawatul quran dan zikrullah, matamu dengan memandang segala keindahan af'alullah di muka bumi dan langit, telingamu dengan tazkirah-tazkirah yang menambah ma'rifat kepadaNya. Akalmu tafakkur dan tadabbur dengan setiap bait-bait kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Allah SWT... 

wallahualam..

~nick-aqielah@miahalieqa~

Friday, December 7, 2012

Positif atau negatif kehidupan kita??

Ustaz Azman ada kata waktu kuliah pengajian islam sem 1 dulu, set kan minda dan kata "aku adalah apa yang aku fikirkan". jika positive yg aku fikirkan, maka positivelah keadaan hidupku, jika negative yang aku fikirkan, maka negativelah kehidupan ku.. kerana dlm diri kita hanya ada 2 caj iaitu positive dan negative, so, pilihlah yg mana terbaik! mungkin ada yang perasan ana ada tulis kata-kata ni kat tepi blog ana ni.. ye, itulah kata-kata pertama pensyarah ana sewaktu kuliah pertama kami.. ana tidak pernah lupa kata-kata itu, kerana ia amat bermotivasi buat ana, walaupun ia kelihatan ringkas tapi amat mendalam maksudnya. InsyaALLAH, sama-sama kita motivasikan diri kita kearah yang lebih baik... selamat beramal....

~nick-aqielah@miahalieqa~

Thursday, August 30, 2012

Kisah Dunia kecil sang semut


Semut 1: wahai sahabatku, kenapa kita terlalu kecil untuk melihat dunia yang besar ini?

Semut 2: sahabatku, kenapa harus kau mengeluh sebegitu rupa? Allah itu maha kaya, maha   mengetahui, maka ketahuilah setiap apa yang diciptakanNya pasti ada sebab dan   hikmahnya sahabatku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) entri kali ni ana nak cerita mengenai semut, haa... kenapa semut? sebab semut adalah serangga yang sangat istimewa.. ana pasti semua kenal semutkan? kadang-kadang kita jalan-jalan terpijak semut buat tak tahu je kan? mentang-mentang mereka kecil main pijak je kan.. tp pernah tak kita terfikir yang semut tu tengah mencari rezeki untuk anak-anak mereka atau isteri-isteri mereka dan keluarga mereka yang lain.. kesian kan kalau terpijak? hurmm.. 
Tahu tak tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut? walaupun kecil tapi banyak kelebihannya. Tentu ada yang tertanya-tanya siapa semut sebenarnya. Ok, semut sebenarnya serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba kita perhatikan waktu semut berjalan, mereka akan berjalan secara berkelompok dan mereka akan berhenti bertegur sapa apabila berjumpa antara satu sama lain. Semut tak macam sesetengah manusia, mereka tak membezakan antara yang miskin dengan yang kaya. Kenapa ana cakap semut ni istimewa? semut ni istimewa sebab persahabatan mereka yang sangat murni antara mereka. Sebab itulah ana agak kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. Golongan serangga ni sanggup melakukan apa saja, contohnya jika berlaku kekurangan makanan, maka semua semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kpd semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Ini adalah pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pengorbanan yang dilakukan oleh manusia. Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut yang lain sedangkan dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya dari golongan yang boleh dikatakan mampu. Semut juga merupakan makhluk yang sangat unik kerana berdasarkan kajian yang ana baca dari sebuah buku, (ana lupa nama buku tu) semut mempunyai jaringan komunikasi yang sangat luar biasa disebabkan pancaindera mereka yang sangat peka terhadap sesuatu. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. Oleh itu, perlulah kita tahu bahawa sekecil-kecil semut, ia masih tahu untuk meletakkan diri mereka di tempat yang sewajarnya. Selain itu juga, sang semut juga memiliki disiplin yang tinggi dimana ia sangat mirip dengan ketenteraan. Tapi dalam ketenteraan semut, mereka tidak ada perwira tetapi mereka tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Cuba kita fikir, bagaimana serangga yang begitu kecil mampu mengikut disiplin sedangkan mereka tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan. Oleh itu, perlulah kita mentauladani sikap semut dalam kehidupan bermasyarakat ini, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupan mereka sangat bermakna. Jadikan serangga kecil ini sebagai contoh kita dalam kehidupan bermasyarakat dihari ini. InsyaALLAH semoga kita semua diredhai oleh Allah SWT.. Ana tutup entri ini dengan firman Allah SWT:

"Hingga apabila mereka sampai dilembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari." (An-nam:18)

nick-aqielah@miahalieqa

Sunday, July 1, 2012

Aurat



Assalamualaikum semua.. okay, hari ni ana just nak menulis mengenai pemakaian wanita. Seperti yang kita sedia maklum bahawa syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan sesuatu yang menghalang dari nampak tubuh badan, dan pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan jarang sehingga nampak bentuk tubuh badannya.  Kini tanpa kita sedari banyak busana-busana muslimah yang tumbuh seperti cendawan di merata-rata tempat.  Tidak cukup di luar sahaja, malah di internet juga menjadi  tumpuan bagi peniaga-peniaga. Alhamdulillah..  baju-baju tshirt muslimah  kelihatan mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh para wanita.  Disitu dapat dilihat bahawa dengan terciptanya fesyen-fesyen muslimah yang memenuhi syarat yang ditetapkan telah banyak membantu muslimah berfesyen tanpa mendedahkan bahagian aurat mereka.  Ya, pakaian memang bukan segalanya. Ada yang kata, “ala.. pakai selamber jerr, nak pegi depan tu je pon”, ramai wanita-wanita yang tidak mengambil kisah tentang aurat, tapi disini ana nak tekankan bahawa pakaian itu melambangkan ciri-ciri seseorang. Pakaian yang sopan dapat mengawal kita dari melakukan perbuatan yang tidak sopan.  Itu semua berdasarkan nawaitu yang kita pasang, jika baik nawaitunya insyaALLAH, akan dapat ganjaran pahala untuknya. Apabila ana cuba bertanya pendapat dari beberapa orang sahabat-sahabat ana mengenai tshirt muslimah ni, ramai yang beri respons positif terutamanya bila ana bertanya kaum adam, mereka sangat menyokong jika pakaian-pakaian seperti tshirt muslimah dipakai oleh kaum hawa, tambah mereka lagi “sekurang-kurangnya pakaian seperti ini tidak menjolok mata kami.. hehe”.  Ok, ramai juga wanita yang berkata, “susahnya nak jaga aurat ni”, kenapa ALLAH buat aurat perempuan lagi banyak dari lelaki? Jawapannya adalah kerana wanita ni sangat istimewa dan wanita ni sering menjadi tumpuan kepada pandangan lelaki terutamanya, sebab tu la kena tutup aurat, supaya wanita ni terlindung dari perkara-perkara yang dapat mengundang dosa contohnya fitnah, zina dan sebagainya. Ana ada terbaca sebuah analogi di facebook, dimana ada dua orang lelaki, sorang lelaki muslim dan seorang lagi non-muslim. Lelaki non-muslim bertanya, “kenapa wanita islam kena tutup aurat?”. Lalu lelaki muslim pon mengeluarkan 2 biji gula-gula, satu dibuka plastiknya dan satu lagi tidak dibuka plastiknya, lalu lelaki itu membuang kedua-dua gula-gula tersebut ke tanah. Lalu lelaki muslim bertanya kepada lelaki non-muslim, “antara kedua-dua gula-gula tu yang mana kamu nak ambik?”. Lalu, lelaki non-muslim menjawab, “mestilah aku nak ambik yang masih dalam plastik dan tidak dibuka”. Lelaki muslim pon berkata, “ kerana itulah wanita-wanita islam kena tutup aurat mereka, kerana mereka lebih berharga jika menutup aurat”.  Semoga kita sebagai wanita islam dapat membawa nama islam dengan sebaik-baiknya.  Saya akhiri entri ini dengan kata-kata dari sahabat facebook saya=> Ambillah masa untuk bersiap sebelum keluar ‘Tutup’ biar sempurna. Stokin, stongan, biasalah.. kita memang banyak aksesori. Insya Allah, semoga kita berjaya mencemburui bidadari syurga. Jom jadi solehah ! sekian...

nick-aqielah@miahalieqa

Wednesday, June 27, 2012

Stanza Cinta dan Hani

Assalamualaikum semua.. semoga sihat-sihat hendaknya... untuk pengisian kali ni ana nak bahasakan diri ana sebagai "ana", bukan "aku" atau pun "saya" lagi.. InsyaALLAH, ana sedang practice berbahasa arab pula.. hehe... Ok, untuk pengisian kali ni ana nak cerita mengenai dua buah cerita yang paling ana suka tengok, kiranya macam cerita favourite ana la.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi ana tak pernah rasa jemu untuk tengok lagi. Nak tahu kenapa? Sebab cerita tu banyak memberi semangat, motivasi dan pengajaran kepada ana. Watak utama dalam kedua-dua cerita tu dilakonkan oleh Nur Fathia. Beliau sangat cantik bila bertudung. Inilah dia cerita yang ana suka tgk tu, satu Stanza Cinta dan yang satu lagi Hani.


Daripada kedua-dua cerita tu ana lebih suka cerita Hani sebab pengajarannya lebih mendalam daripada Stanza Cinta. Tapi Stanza Cinta pon apa kurangnya, kedua-dua cerita ni berjaya buat ana menangis walaupun dah tengok banyak kali. Setiap episod untuk kedua-dua drama ni banyak memberi motivasi kepada diri ana. 

Antara kata-kata yang ana tak boleh lupa dalam Stanza Cinta:


"Setiap apa yang kita lakukan untuk berubah mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kalau tidak ikhlas tiada guna seperti debu-debu yang ditiup angin berterbangan." ~ Amni
"Hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk yang Maha Esa. Hidup bukan untuk mati, mati sebenarnya untuk hidup." ~ Amni

"Kita jangan takut pada mati, kita jangan lupa pada mati.Kita kena rindu dengan mati sebab mati adalah pintu untuk berjumpa dengan Allah. Mati bukan pengakhiran kisah hidup kita. Tapi mati adalah awal cerita dalam hidup kita." ~ Umairah 

"Kita kena terima mati itu dengan penuh ketakwaan. Seorang manusia yang terbaik, seorang manusia yang soleh solehah, seorang manusia yang bertakwa, adalah seorang yang memanfaatkan dirinya untuk orang lain." ~ Umairah 


dan ada satu lagi kata-kata Umairah, saya tak berapa ingat, ia berbunyi lebih kurang macam ni "tasbih ni adalah barang yang paling saya sayang, tapi saya nak bagi kat awak, sbb hadiah yang paling berharga adalah jika kita memberi sesuatu yang paling kita sayang untuk orang yang paling kita sayang ". Kata-kata inilah buat air mata ana tak henti-henti mengalir, dalam hati ana berkata "ya ALLAH, jika aku diberikan hadiah, aku nak sangat diberikan tasbih, walaupun kecil tapi ia sangat berharga daripada diberikan rumah yang besar atau kereta mewah atau barang kemas"






Episod yang paling menyedihkan dalam cerita Hani adalah episod akhir, sangat menyentuh perasaan ana. Seorang gadis buta mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan agama sebelum meninggal dunia. Orang yg buta pon blh bg sumbangan mereka utk agama, tp kita yg celik ni langsung tak terfikir nak bagi sumbangan pada agama kita.. sedangkan pancaindera yg diberikan untuk kita lebih sempurna... Subhanallah.. orang yg buta itu lebih terang hatinya berbanding org yg celik.. sbb tu mereka lebih tahu menghargai sesuatu.. sedihnya ya ALLAH... Yang paling menyedihkan dalam cerita ni Ummu Hani meninggal dipangkuan kedua ibu bapanya sambil memegang Al-Quran Braille yang disiapkan sebelum dia nak berangkat ke Mekah untuk buat umrah dan saat nafas terakhirnya Hani yang buta itu tiba-tiba dapat melihat wajah ibu dan ayahnya.
Selepas tengok cerita ni, keinginan ana untuk menjejakkan kaki ke Darul Quran semakin membuak-buak. Sejak itu, ana sangat berharap dapat ke sana suatu hari nanti. 


Pesanan ana untuk semua, semoga cerita yang kita tengok itu dapat memberi motivasi dan pengajaran kpd diri kita, jangan hanya tengok dengan pemahaman yang kosong. Tengoklah dengan hati supaya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada diri kita. Sekian..


nick.aqielah@miahalieqa


Sunday, June 24, 2012

Kisah bulatan gembiraku!


" Assalamualaikum adik!" sapa seorang kakak yang baru seminggu ku kenal.

"Owh, akak rupanya.. ingatkan siapa tadi.. akak dari mana?" tanya ku sambil berjabat salam. 

"akak dari cafe td, ternampak adik jalan kat depan tu ha.. tu yang akak tegur.. hehe.. adik sihat? dah makan? hurmm... mcm mane suasana kat sini? ok x? dah boleh terima masakan disini?" tanya kakak bertubi-tubi. Walaupun baru seminggu kami berkenalan tetapi kakak  sungguh mesra melayan pelajar baru seperti aku, terasa segan pula untuk berkata-kata.

Sambil tersenyum aku mula mengatur kata, "owh yeke, alhamdulillah sy sihat je, dah makan td dengan kawan-kawan kat bilik.. hurmm.. suasana kat sini okay, cantik, makanan pon insyaALLAH boleh terima. " walaupun dah seminggu aku tidak berselera menjamah apa-apa makanan di sini kerana rindu dengan masakan ibu ku di rumah. Nasib baik makcik letakkan roti dalam bag aku, boleh juga aku alas perutku sementara aku belajar untuk merasa makanan disini. 

"alhamdulillah, lama-lama nanti boleh sesuaikan diri la tu.. hehe.. owh ye, akak ada benda nak bagitahu ni" dengan wajah yang agak serius tetapi tetap manis bila di pandang. Sungguh sopan kakak ini berbicara.

"nak bagitahu apa kak?" balas aku.

"petang sabtu ni akak ade buat usrah di surau pukul 6 petang, kalau adik rasa nak ikut jom la sekali, akak ade kt situ.. ajak la kawan-kawan sekali.. lepas kita berusrah kita solat maghrib sama-sama kat surau ye? akak x paksa, kalau adik rasa nak join msg akak ye?" jelas kakak kepada ku.

Aku termenung seketika, selepas beberapa saat berfikir akhirnya aku mengeluarkan kata-kata. " emm.. insyaALLAH, jika xde halangan sy pergi ek, nanti apa-apa saya msg akak balik" walaupun hakikatnya aku sudah berjanji dengan pakcik dan makcik ku untuk pulang ke rumah mereka minggu ini. Maklumlah, minggu pertama di sini agak janggal bagi ku.

(minggu hadapannya)

Ketika itu waktu petang, sementara masuk waktu asar aku membuka facebook sambil membiarkan 'chatbox'  terbuka. Tiba-tiba satu 'chat' dari kakak masuk,seperti biasa sapaannya bermula dengan salam dan aku menjawab salam tersebut dengan senyuman, walaupun kakak x nampak tapi aku tetap tersenyum. Sekali lagi kakak mempelawaku mengikuti usrah di surau pada hari dan waktu yang sama dan jawapan aku tetap sama seperti minggu lepas tapi kali ni aku sedikit bersungguh-sungguh untuk mengikutinya. Melihat kesungguhan kakak, hatiku mula lembut untuk mendekati dan mengetahui apa itu usrah sebenarnya. Sebelum ini aku tidak pernah menyertai mana-mana usrah dan tidak pernah kenal apa itu usrah, mungkin disebabkan aku bersekolah di sekolah biasa, bukan sekolah agama. Untuk seketika aku bermonolog dengan diriku sendiri, 'macam mana aku nak sertai usrah sedangkan aku tidak pernah menyertai usrah sebelum ini, nanti apa yang aku kena cakap nanti, kalau disoal apa aku nak jawab'. Hurmm... akhirnya aku putuskan, 'x mengapa kalau x tahu, aku kan boleh belajar, kakak ada untuk tunjuk ajar, aku yakin kakak mesti bantu aku, kalau begitu aku nak ajak kawan-kawan aku la, nanti xde la aku segan sangat'. Kaki ku terus melangkah ke bilik sahabat-sahabatku, tanpa berlengah aku terus menyatakan hasratku dan mereka bersetuju untuk menyertaiku. Alhamdulillah... lega aku..

(hari yang di janjikan)

Terasa ringan kaki ku berjalan menuju ke surau bersama sahabat-sahabatku, setelah sampai di surau kakak dan beberapa orang sahabatnya yang masih belum ku kenali menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Hatiku berkata, Subhanallah, baiknya mereka.. segan pula aku melihat perbezaan pakaian kami, mereka semua bertudung labuh, memakai baju labuh lengkap berstoking, tapi aku?? hurmmm... tidak mengapalah, suatu hari nanti aku nak jadi mcm kakak-kakak yg ada kat sini..itu azam aku.. insyaALLAH.. semoga aku dibimbing.. Kakak menjadi naqibah kami, kakak mulakan bicaranya dengan salam dan bacaan alfatihah. Kakak mulakan usrah pertama ini dengan definisi usrah, dia tanye aku, tapi aku menggeleng kepala tanda tidak tahu. Seterusnya soalan kedua kakak, "hurmm adik-adik akak yg akak sayangi sekalian, kenapa awak nak join usrah ni? terpaksa atau sukarela? sape nak jawab dulu?" aku membiarkan sahabat-sahabatku menjawab dahulu dan aku adalah org terakhir menjawab soalan tersebut. Dengan ringkas dan rasa berdebar aku menjawab, "sy datang secara sukarela dan sy harapkan drpd usrah ni hidup sy akan terbimbing, supaya ada yang mengingatkan sy sewaktu sy khilaf". Itulah jawapanku.. sangat ringkas dan tiada ulasan.. Aku sangat pemalu bila berhadapan dengan orang yang aku tidak kenali apatah lagi nak bersuara. Aku akan bercakap bila ditanya je.. itulah aku..  Setelah satu jam lebih kami berusrah, azan maghrib mula dilaungkan menandakan telah masuk waktu maghrib. Kami berjemaah disitu. Selesai solat kami pon balik ke hostel, tiba-tiba satu msg masuk, terpampang jelas di skrin handset ku nama kakak. Aku baca msg tersebut " terima kasih adik kerana sudi datang", aku tersenyum membaca msg tersebut. 

Ketika itulah pintu hatiku mula terbuka untuk mengenal tentang islam dan sirah-sirah nabi dengan lebih mendalam. Subhanallah, Allahuakbar, jika bukan kerana keizinanMu, aku masih dalam keadaan gelap dan terumbang ambing dalam mengenal islam yang sebenar, Kau menyelamatkan aku dengan menghantar seorang kakak untuk membimbingku.. Terima kasih ya ALLAH, semoga pintu hatiku akan terbuka luas untuk berubah kearah yang lebih baik dari segi pemakaian, percakapan dan tingkah laku serta perangaiku. Terima kasih juga buat kakak yang tidak pernah lupa untuk membimbingku kejalan ini sehingga sekarang.. Alhamdulillah...

Wallahualam..


nick.aqielah@miahalieqa






Tuesday, June 19, 2012

Bila aku diam

Kadangkala kita berdiam diri bukan kerana kita telah melupakan, tetapi itu tandanya kita memberi masa untuk seseorang itu bersendiri, untuk berfikir dan untuk memberi ruangan kepada mereka menguruskan kehidupan mereka sendiri. Mungkin mereka memerlukan masa mereka tanpa gangguan dari sesiapa. Kadangkala, tindakan kita mungkin akan merimaskan sahabat kita tanpa kita sedari. Walaupun kita berusaha untuk memahami mereka dan mendampingi mereka disaat mereka susah dan senang, tetapi tiada siapa tahu niat suci kita itu melainkan Allah S.W.T. Kita cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk mereka, kerana itu aku diam untuk sementara waktu. Tetapi diam aku bukan sediam-diamnya, kerana dalam diam aku memerhatikan mereka dari jauh untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik dan doa ku sentiasa mengiringi mereka walau dimana mereka berada. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. InsyaALLAH. Ambillah masa mu wahai sahabat. Sesungguhnya aku sentiasa menunggu sapaan dari mu. Semoga sapaan mu sempat ku lihat sebelum aku menutup mata.


nick-aqielah@miahalieqa

Monday, June 18, 2012

Sesuatu yang terhalang

Kadang kala, bukan diri kita yang sebenar menghalang kita untuk meminta maaf dari seseorang, tetapi ego yang terlalu tinggi menjadi tembok besar kepada kita supaya jangan merendah diri. Oleh sebab itu, kebanyakan hubungan yang sekian lama terjalin banyak yang terputus ditengah jalan disebabkan ego yang menebal. Walau hati tersiksa disebabkan perasaan rindu dan sayang tetapi hati masih berdegil untuk menghalang diri sendiri dari melakukan sesuatu untuk berjuang mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ego perlu ada, tapi biarlah pada tempatnya, tidak perlu terlalu tinggi dan tidak perlu terlalu rendah kerana jika terlalu tinggi kesannya sangat mendalam sepanjang hayat. Jika terlalu rendah, takut nanti ada yang cuba mengambil kesempatan. 

nick-aqielah@miahalieqa

Saturday, June 16, 2012

Disaat tangisan itu jatuh

Ya ALLAH, aku tidak tahan lagi menahan air mata ini dari melimpah keluar membasahi pipi ini tatkala sedang membaca sebuah blog yg sudah lama aku abaikan. Dari tadi aku merenung screen laptop sehingga merah-merah mataku semata-mata untuk membaca satu blog. Blog tersebut milik sahabatku yang paling aku sayang. Ya ALLAH, jika bukan kerana keizinanMu, tidak mungkin terdetik di hatiku untuk membuka dan membaca blog tersebut. Ternyata, hidayah itu milik sang Penciptaku yang maha Agung. Semakin aku baca, semakin kuat perasaan aku untuk membaca lagi tajuk-tajuk seterusnya yg di ulas dengan mantap. Ternyata, sebakku tidak dapat dibendung lagi setelah mataku terhinggap pada tajuk yang seterusnya iaitu tentang perjuangan. Kalau sebelum ini, aku tidak faham apa erti sebenar perjuangan itu, tetapi pada saat ini aku mula memahami dengan lebih mendalam erti perjuangan dan pengorbanan. Ternyata perjuangan dan pengorbanan itu sungguh hebat ertinya. Terlalu banyak input yang aku dapat daripada isi bacaan tersebut, dan ia secara tidak sengaja telah banyak memberi motivasi dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan. Daripada itu juga, aku dapat merasa betapa berharganya pengalaman sewaktu jatuh dan bangunnya kita dalam perjuangan. Disaat seseorang itu menghadapi kesusahan, disitulah letaknya pintu kesabaran, walaubagaimana susah pun kita, jika kita istiqomah dalam melakukan sesuatu insyaALLAH, Tuhan pasti membantu. Berbekalkan semangat yang tinggi pastinya akan dapat membawa kita ke jalan kejayaan. InsyaALLAH, berbekalkan ilmu yang ada ini, walau tidak seberapa tingginya, akan aku sampaikan kepada sahabat-sahabatku yang lain. Sekurang-kurangnya aku mampu melakukan dakwah kecil. InsyaALLAH, jika dengan dakwah kecil ini dapat melahirkan pewaris srikandi yang dapat menegakkan syiar islam, akan aku terus menerus berusaha untuk menyampaikan dakwah selagi mana aku mampu. Terima kasih sahabat, kerana menulis sesuatu yang berguna untuk aku baca sampai menitis-nitis air mata ini. Syukran ya ukhti..

nick-aqielah@miahalieqa

Sunday, April 15, 2012

Ujian

Ujian itu pasti akan ada untuk setiap manusia, cuma cara ujian itu disampaikan mungkin berbeza. Kunci kepada ujian adalah kesabaran. Jika kesabaran itu nipis maka kalahlah seseorang itu dalam menghadapi ujian, sepertimana kata lain adalah kalah dalam menghadapi "peperangan". Ujian itu ibarat peperangan, ibarat pisau yang tajam, jika tidak berhati-hati, akan tertikam diri sendiri. Bila seseorang itu menghadapi ujian hendaklah mereka mendekatkan diri dengan yang Maha mendengar, bukan melepaskan kepada perkara yang melalaikan dan yang paling utama adalah jangan sesekali mengeluh diatas ujian yang diberi. Kerana Allah maha mengetahui, jika Dia turunkan ujian untuk kita, itu bermakna Dia masih mengingati kita dan tahu kita mampu untuk menghadapi ujian yang diberi. Allah tidak akan memberi ujian sekiranya tahu manusia itu tidak mampu menghadapinya. Mintalah petunjuk dariNya, jangan jadi manusia yang 'sombong'. Yang hanya tahu menerima tapi tidak pernah berterima kasih. Yang hanya tahu mengeluh tapi tidak pernah merendah diri untuk menadah tangan dan tidak pernah pula bersujud kepadaNya. Itulah manusia yang sombong. 

by: nick-aqielah@miahalieqa
       Jika ku hadir untuk disakiti
       Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
       Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis
       Kebodohanku telah anggap dirimu 
       Kan baik hatiku butakan hatiku
       Kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu
       Mungkin karnaku terlalu mencintaimu
       Ku terluka 
       Kemana ku berlari 
       Kemana aku kan pergi 
       Ku cintai namun benci
       Caramu mencintaiku



Setiap hari aku menghitung sisa-sisa waktu yg tinggal dan merenung buat kali terakhir wajah itu. Dan akhirnya wajah itu akan pergi jua berlalu seperti angin yang menyinggah dan membawa daun-daun kering. Yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang mungkin akan luput di minda yang lemah. Terkadang air mata ini mula merembes keluar melimpah dari kolam mataku. Kenapakah begitu? mungkin inilah takdirnya, setiap yang datang itu pasti akan pergi. Duhai sahabat, sesungguhnya pertemuan ini sungguh singkat, tetapi bagaimana harus aku pertahankan kerana takdir itu tetap akan menjadi takdir. Tidak mungkin dapatku ubah takdir yang telah tercatat itu. Namun, aku tetap bersyukur kepadaNya kerana mempertemukan aku dengan sahabat yang telah banyak mengubah hidup ku untuk mengenal sang Penciptaku dengan lebih dekat. Terima kasih Tuhan kerana mengirimkan sahabat yang baik untukku walaupun hanya dalam jangka waktu yang singkat. Ya Allah, tolong aku untuk menerima kepergian sahabatku ini. pertemukanlah kami semula suatu hari nanti. Sesungguhnya aku menyanyangi sahabatku ini kerana Mu ya Allah. 

"Ukhwah yang terbina tidak akan terputus walaupun jasad terpisah" 

kata-kata yang kau coretkan untukku, insyaALLAH akan ku ingat sentiasa.


by:nick.aqielah@miahalieqa

Friday, January 13, 2012

TaJuk BerCeLAru... :)


Assalamualaikum semua.. 
Alhamdulillah, setelah sekian lama bercuti, akhirnya tiba sudah masa yang di tunggu-tunggu. Iaitu semester baru di UniKL MICET. Alhamdulillah, aku masih disini. Walaupun sebelum ini, aku diganggu dengan dilema dalam membuat keputusan yang sukar, akhirnya aku berjaya membuat keputusan dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT. kepada ku. Walaupun ia amatlah sukar, tetapi memang keadaan memaksaku untuk membuat keputusan yang berat ini. Aku memang seharusnya melepaskan salah satu daripada dua pilihan yang diberikan kepadaku. Dan mungkin sudah takdir yang tersurat khas untuk aku berada lebih lama di UniKL MICET. Hurmm.. memang sukarkan jika diberi dua pilihan yang kedua-duanya terbaik untuk diri kita? Terus terang saya cakap, saya memang x suka memilih salah satu daripada dua pilihan. Bukan saya x suka dengan banyak pilihan tetapi ia akan mengelirukan saya nanti. Jika tersilap langkah, mungkin saya akan kecundang. 


Ok, habis pasal MICET, sekarang nak cerita plk pasal pengalaman aku berkerja selama sebulan. Hehehe... walaupun hanya sebulan, tapi tetap akan jadi kenangan terindah tau.. :)




haa... ini dia benda yang aku kena hadap tiap-tiap hari.. hehe.. mula-mula memang la rasa janggal, nervous sangat kalau ade pelanggan datang.. hahhaha... tapi bila dah lame, ok la plk.. pelanggan datang pon happy2 je.. hihihi.. kadang2 jadi cashier ni pon best gak. Santai je.. tambah-tambah kat perpustakaan yang aku kerja  ni.. hehe.. Bos aku cakap, aku lah cashier yang paling suka gelak2 dan memang lerr.. bos aku pon tergelak sama.. tapi aku x paham. Apa yang dia gelakkan pon aku x tahu.. padahal aku cakap biase2 je.. tapi gelaknya macam.  =_="  haihh... x paham jugak tu.. asal aku cakap je dia gelak, same la ngan kawan2 sekerja aku.. hahaha... enjoy je kiteorang berkerja tanpa sedikit pon tekanan. Bukan maksud aku tiap2 masa aq main2 dalam bekerja, time kiteorang bekerja, kiteorang kerja la, dan time kerja kena la serius kan.. tambah2 bila jadi cashier.. hehe.. memang tanggungjawab tu lebih sikit la daripada pekerja lain.. hee.. ape2 pon aku sangat suka berkhidmat disitu. Bila berada dibahagian kaunter, aku jumpa pelbagai jenis ragam manusia, yang santai2 pon ade, yang tergesa-gesa pon ade, yang x reti tgk resit pastu dia marah kita balik pon ade.. haihhh... mcm2.. kadang2 nk tergelak pon ade.. tapi 1 je yang aku nak komen sikit pasal pelanggan ni.. bila time maghrib je mesti ramai yg datang nk beli tu la nk beli ni la.. haihh... x paham betul.. x boleh ke tunggu lepas maghrib, lepas azan pon jadilah. Aku ni sebagai cashier, mmg akan rasa serba salah nk bt urusan waktu2 mcm tu. Yela, diorang datang dah la tergopoh gapah,tahu nak beeeliiii je.. kot ye pon nak beli tunggu la azan habis dulu, ni x.. tahu nak ceeepaaattt je.. alamak.. membebel panjang plk aku ni... hahahahha... maaf ye... peace!! :) jangan terasa.. 
aku harap sangat la.. dan aku nak ingat kan diri aku sendiri dan orang lain juga. Harap semua dapat faham la.. bila azan tu hentikan la dulu urusan urus niaga tu. Hormat la azan sikit.. X rugi pon kalau hormat azan..


Ok, itu saja dari saya.. renung2kan.. :)
maaf jika terkasar bahasa.. untuk entri yang ni saya x guna bahasa bangku.. hehehe..
Sekian, terima kasih.


nick-aqielah@miahalieqa

Tuesday, January 3, 2012

SaLam 2012.. :)



Assalamualaikum semua... ' SELAMAT TAHUN BARU 2012' kepada semua..
x sangkakan dah 2012, rasa kejap je masa berlalu..
agak-agaknya la kan, cukupkah usaha dan amalan yang kita buat sepanjang tahun 2011 yang lalu? 
haaa... kalau rasa masih kurang tu boleh la mulakan dengan azam baru. Tambahkan usaha dan amalan kita ye..
Masa x tunggu kita, bila-bila masa je kita boleh 'dipanggil' untuk mengadap Ilahi'. So, pandai-pandailah kita menguruskan masa ye.. :)


Ramai yang memberi pandangan negatif terhadap 2012, kenapa ye? boleh saya tahu?
adakah disebabkan pengaruh cerita 2012? betul ke dunia kiamat pada 2012? tertanya-tanya saya, adakah pengarah filem 2012 menyambut 2012? hehehe.. wallahualam..
Hurmm... sebagai seorang muslim, mentaliti kita seharusnya berfikir secara islam. Bukan menerima bulat-bulat pendapat barat. Mereka hanya menilai sesuatu berdasarkan kajian semata-mata sedangkan kita sebagai islam, kita ada Allah, kita ada nabi dan rasul dan kita juga ada Al-quran sebagai pegangan. 


Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim.



sesungguhnya kiamat itu benar, tetapi bila kiamat itu terjadi tiada siapa boleh memberi jawapannya kerana itu adalah rahsia ALLAH SWT. Kita sebagai manusia dan sebagai muslim seharusnya percaya dengan apa yang tertulis didalam Al-Quran. Bukan percaya kepada teori manusia semata-mata. Tidak akan tercapai oleh akal manusia memikirkan  tentang rahsia ALLAH.  Yang kita hanya perlu lakukan hanyalah beriman dan bertaqwa kepada ALLAH.  Semoga kita semua akan tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..


Wallahualam.. 
nick-aqielah @ miahalieqa