Tuesday, November 29, 2011

Disaat Aku Kesepian..

Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca entry ku sekalian..
sekalung ucapan terima kasih dariku kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ku yang tidak seberapa ini.
Untuk entry terbaru ini, "Disaat aku kesepian" mungkin amat tepat untuk aku jadikan sebagai tajuk, bersesuaian dengan waktu sekarang ini iaitu cuti semester bagi universiti aku dimana tempat aku menadah ilmu. Maaf, untuk entry ini, agak selesa bagi ku untuk membahasakan diri ini dengan perkataan 'AKU'. Mungkin ia agak kasar bunyinye, harap semua boleh menerimanya ya. :)
Ok la, berbalik kepada tajuk diatas, 'Disaat aku kesepian' aku fokuskan kepada diriku sendiri serta sahabat-sahabatku yang amat aku cintai dan kasihi. Seperti biasalah, kebanyakan entry ku ini banyak menceritakan tentang sahabat kan? Itulah dia, aku sangat mementingkan nilai persahabatan. Bagiku sahabat adalah orang yang penting selain ibu bapa dan ahli keluarga. Ketika  aku sedang asyik membelek-belek satu article aku terbaca satu kata-kata hikmah tentang sahabat yang bagiku amat menarik perhatianku. Ia berbunyi begini:


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu sentiasa terpelihara kejujurannya"

Haa.. itu dia definisi sahabat yang amat tepat dari sudut pandanganku sendiri.
Indahkan? 
Hatiku mula terpaut untuk menulis entry ini setelah seminggu aku berada dirumah. Ya, aku dirumah sekarang tanpa sahabat tetapi alhamdulillah, aku masih beruntung kerana masih diberi peluang  untuk berada disamping ibu dan abah ku serta adik lelaki ku. 
Buat sahabatku, ingin sekali aku menyatakan kesepianku tanpa kamu semua. Indahnya saat kita semua bersatu. Kita semua belajar bersama, bergurau dan sangat mesra. Rindu aku akan saat itu. Terlalu rindu wahai sahabat. Ingat lagi aku saat kita semua mula-mula bertemu, ketika itu hari pendaftaran, kamu berdua sedang duduk di atas kerusi tanpa sepatah kata. Aku melihat dari jauh, lalu setelah selesai aku mengisi beberapa borang aku pergi menyapa kamu berdua. Ikhlas aku katakan bahawa aku amat gembira bertemu kamu semua. Walaupun agak janggal diawal perkenalan tetapi aku cuba untuk menyesuaikan diriku. Setelah seminggu aku berada di kawasan yang amat asing bagiku tanpa keluarga disisi akhirnya kami bertiga menjadi sahabat yang amat mesra. Alhamdulillah, ini semua adalah pengaturan dari ALLAH.. aku amat bersyukur. Semasa minggu suai kenal mahasiswa (MSR) aku mula mengenali lebih ramai kawan, ketika itu juga aku mula mengenali seorang senior yang amat baik terhadapku, aku gelarkan dia dengan panggilan kakak, nama panjangnya biarlah menjadi rahsia. Selama beberapa bulan aku di sana, aku amat selesa kerana didampingi oleh sahabat-sahabat yang cukup baik, tidak lupa juga kakak yang banyak membantu aku dalam mengenal cara hidup berdikari. Mereka semua menjadi sumber inspirasi untuk aku menjadi lebih bersemangat dalam mencari ilmu. Kini, kemesraan kami sudah pudar, entah kemana hilangnya sahabat-sahabat yang aku kenal. Sahabat yang aku anggap sebagai adik-beradikku sendiri. Hanya yang tinggal kakak yang sememangnya seorang yang amat memahami diriku. Semasa minggu belajar pun mereka menghilang, cuba menjauhkan diri dariku. Entah apalah kesalahan aku terhadap mereka. Mungkin saja mereka sudah ada pengganti untuk diriku yang sudah mereka tidak hargai ini lagi. Ketika itu, aku belajar bersendirian, kadang kala aku belajar bersama rakan sebilikku. Aku ulang alik ke perpustakaan tanpa mereka. Aku amat sedih dan kecewa dengan sikap mereka. Akhirnya aku membawa diri. Aku cuba belajar hidup berdikari tanpa mereka. Tetapi alhamdulillah.. kakak sentiasa bersamaku. Menyokong aku, menjaga aku, memberi semangat kepadaku. Senyuman kakak tidak pernah lekang dari bibir manisnya. Aku amat terharu dengan sikap baiknya terhadap aku. Tidak sanggup rasanya aku menceritakan hal ini kepada kakak memandangkan kakak mempunyai banyak lagi tugasan yang penting untuk diselesaikan. Aku tidak mahu mengganggu konsentrasinya dan aku juga tidak mahu menyusahkannya lagi. Cukuplah dengan apa yang kakak hadiahkan selama ini. Walaupun aku tidak pernah menceritakan hal ini kepada kakak tetapi aku dapat rasakan yang kakak sudah dapat menghidu perubahan yang berlaku antara aku dan sahabatku. 
Tidak hairanlah kalau sekiranya kakak dapat mengesannya memandangkan ramai lagi antara  kawan-kawanku yang lain perasan akan perubahan itu. Walau apa pun, aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hubungan persahabatan kami. Aku cuba merendahkan ego ku. Apa yang aku harapkan adalah ukhwah mesra yang terjalin dahulu. Aku sepi tanpa ukhwah kita semua! Aku sepi berseorangan disini! Aku sepi cuti semester ini! aku sepi tanpa khabar dari kamu semua! kakak juga sudah beberapa hari menyepikan diri tanpa satu sms pun. 'Chat' di facebook juga tidak berjawab. Aku x faham dengan keadaan sekelilingku sekarang. Ya Allah, adakah ini satu ujianMu terhadap hambaMu ini? Jika inilah ujiannya aku pasrah padaMu ya ALLAH.. jadikanlah aku manusia yang bersabar dan kembalikanlah ukhwah antara kami semua diakhir ujian ini ya ALLAH.. Amin..

Disaat aku kesepian....
Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

sekian dari nick-aqielah@miahalieqa



Sunday, November 27, 2011

CaKap-CaKap oRaNg...

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"
KAHWIN UMUR MUDA ♥ "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"
KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"
KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥ "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"
KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"  


BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA!!!


Hidup biar sederhana :)
A big smile from :
nick-aqielah@miahalieqa :)