Wednesday, June 27, 2012

Stanza Cinta dan Hani

Assalamualaikum semua.. semoga sihat-sihat hendaknya... untuk pengisian kali ni ana nak bahasakan diri ana sebagai "ana", bukan "aku" atau pun "saya" lagi.. InsyaALLAH, ana sedang practice berbahasa arab pula.. hehe... Ok, untuk pengisian kali ni ana nak cerita mengenai dua buah cerita yang paling ana suka tengok, kiranya macam cerita favourite ana la.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi ana tak pernah rasa jemu untuk tengok lagi. Nak tahu kenapa? Sebab cerita tu banyak memberi semangat, motivasi dan pengajaran kepada ana. Watak utama dalam kedua-dua cerita tu dilakonkan oleh Nur Fathia. Beliau sangat cantik bila bertudung. Inilah dia cerita yang ana suka tgk tu, satu Stanza Cinta dan yang satu lagi Hani.


Daripada kedua-dua cerita tu ana lebih suka cerita Hani sebab pengajarannya lebih mendalam daripada Stanza Cinta. Tapi Stanza Cinta pon apa kurangnya, kedua-dua cerita ni berjaya buat ana menangis walaupun dah tengok banyak kali. Setiap episod untuk kedua-dua drama ni banyak memberi motivasi kepada diri ana. 

Antara kata-kata yang ana tak boleh lupa dalam Stanza Cinta:


"Setiap apa yang kita lakukan untuk berubah mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kalau tidak ikhlas tiada guna seperti debu-debu yang ditiup angin berterbangan." ~ Amni
"Hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk yang Maha Esa. Hidup bukan untuk mati, mati sebenarnya untuk hidup." ~ Amni

"Kita jangan takut pada mati, kita jangan lupa pada mati.Kita kena rindu dengan mati sebab mati adalah pintu untuk berjumpa dengan Allah. Mati bukan pengakhiran kisah hidup kita. Tapi mati adalah awal cerita dalam hidup kita." ~ Umairah 

"Kita kena terima mati itu dengan penuh ketakwaan. Seorang manusia yang terbaik, seorang manusia yang soleh solehah, seorang manusia yang bertakwa, adalah seorang yang memanfaatkan dirinya untuk orang lain." ~ Umairah 


dan ada satu lagi kata-kata Umairah, saya tak berapa ingat, ia berbunyi lebih kurang macam ni "tasbih ni adalah barang yang paling saya sayang, tapi saya nak bagi kat awak, sbb hadiah yang paling berharga adalah jika kita memberi sesuatu yang paling kita sayang untuk orang yang paling kita sayang ". Kata-kata inilah buat air mata ana tak henti-henti mengalir, dalam hati ana berkata "ya ALLAH, jika aku diberikan hadiah, aku nak sangat diberikan tasbih, walaupun kecil tapi ia sangat berharga daripada diberikan rumah yang besar atau kereta mewah atau barang kemas"






Episod yang paling menyedihkan dalam cerita Hani adalah episod akhir, sangat menyentuh perasaan ana. Seorang gadis buta mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan agama sebelum meninggal dunia. Orang yg buta pon blh bg sumbangan mereka utk agama, tp kita yg celik ni langsung tak terfikir nak bagi sumbangan pada agama kita.. sedangkan pancaindera yg diberikan untuk kita lebih sempurna... Subhanallah.. orang yg buta itu lebih terang hatinya berbanding org yg celik.. sbb tu mereka lebih tahu menghargai sesuatu.. sedihnya ya ALLAH... Yang paling menyedihkan dalam cerita ni Ummu Hani meninggal dipangkuan kedua ibu bapanya sambil memegang Al-Quran Braille yang disiapkan sebelum dia nak berangkat ke Mekah untuk buat umrah dan saat nafas terakhirnya Hani yang buta itu tiba-tiba dapat melihat wajah ibu dan ayahnya.
Selepas tengok cerita ni, keinginan ana untuk menjejakkan kaki ke Darul Quran semakin membuak-buak. Sejak itu, ana sangat berharap dapat ke sana suatu hari nanti. 


Pesanan ana untuk semua, semoga cerita yang kita tengok itu dapat memberi motivasi dan pengajaran kpd diri kita, jangan hanya tengok dengan pemahaman yang kosong. Tengoklah dengan hati supaya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada diri kita. Sekian..


nick.aqielah@miahalieqa


No comments: