Tuesday, February 15, 2011

lingkaran bawah mata..








Melalui apa yang saya baca, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata nie. Antaranya ialah;


1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.



disini saya sediakan cara utk menghilangkan lebam bawah mata,mungkin dengan cara ini dapat membantu anda..


Ikuti cara2 seperti berikut;
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Selamat Mencuba dan Berjaya!


Thursday, February 10, 2011

KHASIAT KETUMBAR..

tahukah anda ketumbar mempunyai byk khasiat antaranya ialah:


melancarkan pencernaan dan penambah nafsu makan ( stomachic)







Meratakan Perut
Untuk meratakan perut Anda, terang pakar gaya hidup dan penulis Sara Snow™ Fresh Living Sara Snow, cubalah mengonsumsi ketumbar. Bumbu ini berfungsi sebagai diuretik alami. Selain itu, herbal satu ini juga membantu mengatasi masalah pencernaan dan mencegah mual. Untuk menambah asupan ketumbar, cubalah potong-potong daun ketumbar segar dan taburkan di atas salad anda.
Menghaluskan Kulit
Bumbu masak ini juga boleh digunakan untuk mengatasi iritasi kulit. Cubalah haluskan setengah buah alpukat,sari dari satu buah jeruk lemon, dua senduk makan ketumbar segar, dan satu per empat cangkir minyak alpukat dalam blender. Selanjutnya oleskan campuran ini ke kulit, biarkan selama 20 minit, dan mandilah hingga bersih.
Membunuh Bakteri
Sebuah studi yang dipublikasikan di Journal of Agricultural Chemistry, seperti dikutip situs health.com, menemukan bahawa minyak esensial ketumbar boleh membunuh salmonella dan Ecoli. Untuk memastikan daging lembu atau ayam yang Anda masak bebas dari bakteria, cubalah rendam daging yang belum dimasak dalam bumbu ketumbar.
Cara membuat bumbu: Haluskan dua siung bawang putih cincang dengan satu sendok teh garam, satu sendok teh merica putih, dan satu batang daun ketumbar segar dalam blender. Kemudian rendamlah daging dalam bumbu ini selama satu hingga dua jam.
PRESENT FOR YOU ALL


resepi istimewa ( drpd bahan ketumbar)



DAGING BAKAR AIR ASAM



bahan-bahan:



1kg daging yg sesuai utk dibakar

50gm serbuk cili

100gm serbuk rempah kari

50gm jintan manis( disangai dan ditumbuk halus)

50gm jintan putih(disangai dan ditumbuk halus)
50gm ketumbar(disangai dan ditumbuk halus)
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

bahan-bahan kisar:

3cm lengkuas
3cm halia
100gm bawang merah
60gm bawang putih 
2 batang serai
60gm kunyit hidup

bahan utk air asam:

150ml air asam jawa
30gm bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili hijau(dihiris halus)
1 biji cili merah(dihiris halus)
1 kuntum bunga kantan(dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong kiub)
gula dan garam secukup rasa

cara memasak:

perapkan daging dengan bahan-bahan kisar selama 15 minit
kemudian gaulkan dgn serbuk rempah kari
serbuk cili, jintan manis,jintan putih,ketumbar,gula,garam dan minyak
biarkan selama 30 minit dan kemudian barulah dibakar didalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius
setelah daging masak hiris nipis dan sedia utk dihidang.

utk membuat air asamnya gaul semua bahan utk air asam dan sedia utk dihidang bersama daging bakar.

 nyum..nyum.. selamat mencuba!!!



petua cerahkan kulit..

assalamualaikum... ni sy nk kongsi dgn anda semua petua utk mencerahkan kulit muka... petua ni nenek sy yg bg... dia ckp kalau nk kulit yg cantik, putih dan bersih blh la guna petua ni.. lagi pun semua bahan ni selalu je kita guna kt rumah... tak perlu lah menghabiskan duit utk beli produk-produk kecantikan... hehehe. biasa la, nk jimat kan... sy dah cuba guna petua ni nmpk nya mmg berkesan.. tp tak tahu la samada ia blh diguna pakai utk kulit2 anda... kalau tak menjadi jgn marah plk ye... hihihi... caranya simple je...

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
 

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.





mcm tu je la...ok, selamat mencuba...