Sunday, December 25, 2011

Sai Baba

Assalamualaikum semua.. salam penutup tirai 2011.. :) 
semoga semua kerja yang kita lakukan sepanjang tahun ini akan membawa pulangan pada masa-masa akan datang dan semoga semua amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT. InsyaALLAH...


Mungkin ini adalah entri saya yang terakhir untuk tahun 2011 ini.  Harap sesiapa saja yang sempat singgah di blog saya sepanjang tahun 2011 ini terhibur dan mendapat manfaat dari penulisan saya sebelum ini. Terima kasih diatas sokongan kalian semua. Salam maaf dari saya kerana mungkin ada antara komen-komen kalian yang tidak terbalas dan mungkin juga ada yang tidak "ter approve". hehe..


Untuk entri ini, saya ingat nak menulis tentang orang yang bernama 'Sai Baba'. Pernahkah kamu semua mendengar mengenai beliau?
Baru-baru ini seorang sahabat saya meminta saya untuk menulis mengenai 'Sai Baba' yang dikatakan sebagai dajjal. Tetapi memandangkan saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai beliau, saya terpaksa tangguhkan dahulu penulisan saya ini. Setelah beberapa minggu saya menjejaki kisah beliau saya dapati banyak komen-komen dari blog-blog lain yang mengatakan bahawa Sai Baba adalah pembawa kepada ajaran sesat atau dikatakan sebagai dajjal kerana cuba untuk mencari pengikut di seluruh dunia dan cuba untuk menyesatkan manusia lain. Sebelum saya melanjutkan penulisan saya, ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sai Baba. Sai Baba dilahirkan di Desa Nilayam Puthaparti, di wilayah timur Khurasan, India Selatan. Beliau dikatakan dapat menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan  kelumpuhan dan orang buta, dapat menurunkan hujan, mengeluarkan tepung melalui tangan dan banyak lagi yang bertentangan dengan fitrah seorang manusia. Itu adalah dakwaan beliau dan fitnah yang cuba disampaikan kepada pengikut-pengikut beliau. Beliau kini mempunyai ramai pengikut dari berbagai bangsa dan negara. Beliau juga cuba untuk memutar belitkan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Daripada apa yang saya baca, ciri-ciri dan teologi yang cuba disampaikan agak sama dengan teologi yahudi.  Banyak lagi yang beliau cuba sebarkan. Kalau ikutkan apa yang saya baca, banyak lagi cerita-cerita yang agak mengejutkan dan banyak juga respons positif dan negatif dari umat islam dan bukan islam. Tetapi saya tidak berani untuk berkata lebih. Mengenai Sai Baba adalah salah seorang dajjal daripada 30 orang dajjal tidak dapat saya katakan. Wallahualam.. tepuk dada tanya iman. Hanya ALLAH yang tahu. Kita sebagai umat islam haruslah mempercayai bahawa ALLAH itu adalah  satu dan tidak pernah berkahwin dan tidak pernah pula beranak atau diperanakkan. Sebagai seorang islam yang beriman kita telah sedia maklum dan seharusnya tahu bahawa tiada lagi nabi dan rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Walau sebaik mana pun seseorang itu tetapi sekiranya dia cuba mengaku bahawa dialah nabi terakhir selepas Nabi Muhammad saw atau mengaku sebagai Rabb maka tiada gunalah kebaikannya itu dan tidak perlulah dipercayai lagi melainkan meletakkan kepercayaan kita kepada Allah dan Nabi kita iaitu Muhammad saw.


“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”


Wallahualam..
by: nick-aqielah@miahalieqa

Tuesday, December 20, 2011

aUtisM??

Assalamualaikum semua... okay hari ni saya nak mengupas tentang 'autism'. Beberapa hari yang lepas saya ada bercakap dengan salah seorang sahabat saya di facebook mengenai autism. Banyak pendedahan yang beliau cuba terangkan. Agak teruja saya bila bercakap mengenai tajuk ini. Walaupun saya kurang pasti maksud sebenar 'autism' tetapi dengan beberapa kerat ilmu pembacaan yang saya ada saya cuba menjawab soalan yang diajukan mengenai 'phonic and autism'(maklum la saya ni bukan pelajar perubatan) hee... Ape itu autism? sebenarnya saya pon x berapa pasti tentang definisi ini. Tetapi berdasarkan apa yang saya baca dan faham daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, autism merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak yang dianggap sebagai kecacatan neurologi. Biasanya tanda-tanda autism dapat dilihat pada usia 3 bulan dan kebiasaannya ia lebih menjurus kepada kanak-kanak lelaki yang berkulit putih. Autism biasanya memberi masalah dalam pertuturan atau dengan kata lain ia memberi masalah kepada deria. Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami autism akan mengalami masalah dalam pembelajaran kerana mempunyai kecerdasan yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak biasa. Soalan kedua, kenapa terjadinya autism? okay, secara ringkasnya autism terjadi disebabkan dari pemakanan ibu semasa mengandung. Selain itu, aktiviti ibu semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada anak didalam kandungan. Seterusnya, ia juga berlaku disebabkan faktor penyusuan ibu setelah melahirkan. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya autism dikalangan kanak-kanak dan bayi yang baru lahir para ibu seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya supaya masalah autism ini dapat dikurangkan.
Soalan ketiga, bagaimana pula dengan sistem pendidikan bagi kanak-kanak autism? sistem pembelajaran bagi kanak-kanak autism juga mungkin berlainan dari kanak-kanak biasa. Mungkin kaedah phonic dapat digunakan. Saya kurang pasti tentang sistem ini, tetapi berdasarkan apa yang saya faham sistem ini menggunakan "cartoon and sound" untuk menarik perhatian mereka. Kaedah ini jarang sekali digunakan di Malaysia. Disebabkan kurangnya pendedahan tentang kaedah Phonic ini maka ramai orang di Malaysia tidak tahu tentang kaedah pembelajaran ini (bukan semua, hanya sesetengah). Lebih parah lagi ada sesetengah ibu bapa tidak tahu atau tidak dapat menerima bahawa anak mereka mengalami masalah autism. Seharusnya, mereka lebih memberi dorongan dan perhatian kepada kanak-kanak sebegini agar mereka boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Masyarakat juga harus bersama-sama bertanggungjawab dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka. Golongan seperti ini seharusnya dira'i bukan dikeji.  Soalan terakhir, adakah golongan autism sama dengan golongan 'sindrom down'?. Untuk soalan ini tidak dapat saya jawab, saya juga kurang pasti.
Apa-apa pun semoga kita semua di rahmati ALLAH SWT dan sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Amin...


sekian dari: nick-aqielah@miahalieqa

Monday, December 19, 2011

kOmUnikaSi mAnUSia dan ALam

Assalamualaikum semua.. semoga sihat2 hendaknya ya..
hari ni saya nk cerita tentang "komunikasi manusia dan alam". Kenapa manusia dengan alam ye? kenapa bukan manusia dengan katil ke.. almari ke.. simen ke.. kan? kan? hehe..
ok, berbalik kepada tajuk, manusia dan alam sebenarnya saling memerlukan. Itu ayat lazim yang biasa kita dengar. Tetapi bagaimanakah pelaksanaannya? Adakah manusia cuba memahami dan menghormati alam? Sedangkan kita saling memerlukan. Allah SWT juga menjelaskannya dalam Al Quran, bahawa semua yang ada di alam ini memang sudah diciptakan untuk kepentingan manusia.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu” (al baqarah: 29)

“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (al an’am:141)”

Alam adalah sebuah keajaiban dan penuh misteri. Menyingkap persoalan tentang alam akan memberi impak yang baik untuk diri kita. Alam menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT. Maka dengan itu manusia harus bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan alam kepada kita. Pernah dengar tak orang bercakap dengan tumbuhan? mungkin ada sesetengah orang akan kata "dia ni gila ke cakap dengan pokok?". Hurm.. itulah manusia, hanya tahu bercakap tanpa berfikir.Sedangkan ada je nabi yang bercakap dengan tumbuhan, bahkan dengan haiwan juga. Mereka juga hidup, sama seperti kita. Mereka bernafas, bercakap bahkan juga mendengar serta sentiasa memberi doa terhadap insan yang sentiasa menghargainya. Bagi saya, bercakap dengan tumbuhan adalah satu terapi yang bagus untuk minda. :)





























by: nick-aqielah@miahalieqa :)

Tuesday, December 13, 2011

PeTua Bg PeNgIdAp MiGraiN

Cara Rawatan Islam:
Caranya ialah dengan mengambil daun misai kucing (orthosiphon stamineus).Kemudian dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.
Doa :
1)    Al-Fatihah
2)    Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”
3)    “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
*Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
*Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.
Selain itu,ini antara petua lain untuk menghilangkan migrain yang anda boleh amalkan;
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.
  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
  3. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
  4. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
  5. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.
  6. Ketika anda sedang berbaring di atas katil, cuba turunkan kepala anda mencecah lantai. Dengan kata lain, letakkan kaki anda atas katil dan kepala mencecah lantai. Biarkan selama beberapa miniti. Rasionalnya, teknik ini adalah untuk menurunkan perjalanan darah ke kepala. Ini kerana salah satu punca migrain ialah kekurangan darah dan pada bahagian kepala.
Selamat mencuba! Semoga penyakit migrain anda dapat diubati, insyaAllah.



Monday, December 12, 2011

peRTemuaN

Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..~


by nick-aqielah@miahalieqa

Thursday, December 8, 2011

SeUntai KaTa UntuK di RenuNGkan

Salam peringatan buat diriku juga untuk sahabat2 sekalian... Al-KHAWARIZMI : Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10. Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000. Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0". Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga. Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga.
Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.


nick-aqielah@miahalieqa :)

Tuesday, December 6, 2011

PesAnaN bUat saUdaRA

Jika kamu benar-benar menyayangi ku sepenuh hati, ajaklah aku menuju kasih sayang Pencipta kita. Sehingga cinta kasih yang kamu berikan memang benar-benar membawa kebahagiaan kepada kita, tidak hanya di dunia, malah diakhirat juga. Jika kamu benar cinta padaku, janganlah membiarkan aku mengikuti hawa nafsu untuk selalu menginginkan kamu sebelum ‘halal’ telah menjadi pengikat kita. Jika kamu benar-benar menginginkan aku menjadi pendamping hidup kamu, jagalah perasaan ku, terima aku dengan segala kekurangan ku, dengan semua yang terbatas pada apa yang aku punya dan apa yang mampu aku berikan untuk kamu Jika kamu benar-benar tulus mencintai ku, jangan katakan atau tanyakan itu untuk hal-hal yang belum pasti bagi ku. Jika waktunya memang sudah tepat, datanglah, dan langsung minta kepada orang tua ku. aku hanya akan sami’na wa atha’na kepada keputusan Ibu dan abah ku sebagai wali ku. Sungguh indah jika cinta itu terucap disaat yang tepat, tidak hanya di depan kita melainkan dihadapan Allah SWT.

hidup tanpa peraturan umpama hidup tanpa arah tujuan^^
By: nick-aqielah@miahalieqa

DiSemBer...

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.. 
kali ini disember menjadi tajuk. Nak tahu kenapa disember?? hehe..
ok, akan ku ceritakan disini. Memandangkan bulan ini adalah bulan disember maka ia agak sesuai juga la sekiranya aku menjadikan ia sebagai tajuk. Bukan itu saja, disember juga adalah bulan kelahiran ibu ku yang amat aku sayangi. Iaitu tanggal 5 disember 1966. Setelah hari berganti hari, masa berganti masa, umur juga berganti umur maka genap sudahlah 46 tahun umur ibuku. Selama 18 tahun ibu menjaga aku, makan minum ku sentiasa dijaga dengan rapi, setiap gerak geri aku, mungkin juga perasaan aku hanya ibu lah yang dapat fahami. Itu lah dia, kelebihan seorang ibu. Ingat lagi aku sewaktu aku masih bergelar kanak-kanak, aku selalu merenget mahu kan itu dan ini. Ibu dan abah selalu mengikut kemahuanku. Dulu aku seorang yang agak manja memandangkan hanya aku lah satu-satunya puteri didalam keluargaku. Setiap masa aku bersama ibu dan abah, orang kata "dibawah ketiak mak je bdk ni" hehe.. tp itu lah hakikatnya, aku memang macam tu. Kini, umurku sudah mencecah 18 tahun, aku sudah menjadi seorang remaja dan aku juga sudah bergelar mahasiswi. Masa aku bersama ibu dan abah juga sudah terhad. Aku terpaksa berjauhan dengan ibu dan abah demi untuk mencari ilmu. Begitu cepat masa berlalu. Hiba rasanya hatiku ketika melihat lambaian ibu dan abah setelah menghantarku ke kampus. Lambaian yang penuh dengan pengharapan, penuh kasih sayang dan penuh dengan kebimbangan. Wahai ibu, wahai abah.. insyaALLAH anakmu ini akan membawa balik segulung ijazah suatu hari nanti. Jangan kau bimbang akan keselamatan anakanda mu disini. Anakanda juga mempunyai satu hajat besar wahai bonda dan ayahanda. Hajat itu adalah anakanda ingin sekali membawa ibu dan abah menjejakkan kaki ke tanah suci bersama dengan anakanda. InsyaALLAH, semoga ALLAH membuka pintu rezeki untuk kita dan mempermudahkan urusan kita dalam menuju ke jalanNya. Sepanjang tahun ini, banyak yang aku belajar sehinggalah disember ini. Aku masih lagi belajar makna kehidupan. Aku cuba untuk mencari pengalaman aku sendiri. Walaupun ia susah tetapi aku akan cuba untuk harunginya. Ingat lagi aku akan pesanan guru ku supaya belajar dari kesilapan dan pengalaman. Itulah yang sedang aku cuba lakukan buat masa sekarang. "Jangan sesekali mengeluh bila diuji" itulah kata-kata yang selalu menjadi perangsang tika aku diuji. Akanku cuba sedaya upaya untuk mengharunginya. Semoga di akhir disember ini aku berjaya menghabiskan kerja ku tanpa keluhan. :) insyaALLAH..

                                                    I LOVE U MUM!
                                                   I LOVE U DAD!

LOVE DECEMBER!
by: nick-aqielah@miahalieqa