Monday, June 3, 2013

Pemergian itu bukan sekadar mimpi lagi..

Lahirnya seorang manusia hanya kerana Allah dan matinya seorang manusia juga kerana Allah..
tanggal 22 May 2013 jam 12 tengah hari pergilah seorang insan yang amat aku sayangi dan kasihi buat selama-lamanya.. 
seorang insan bergelar bapa..
maka pada tarikh ini berakhir sudah penderitaan abah menanggung kesakitan yang tidak mampu aku ungkapkan... Dengan lafaz 'lailahaillallah' abah menghembuskan nafas terakhirnya disamping insan-insan tersayang.. Ya Allah.....

Tempoh kehidupan kita diibaratkan lahir dengan sahutan azan dan pergi dengan sahutan istiqamat.. terlalu singkat... SubhanaALLAH...dariNya kita datang dan padaNya kita kembali...

Allah..Allah..Allah...
Terima kasih kerana memberi pinjaman kepada kami sekeluarga seorang abah yang sangat baik dan penyayang.. kasih sayangnya masih hangat seperti baru semalam kurasakan diri ini didukung olehnya..
Namun, jam 6.30 petang semalam, giliran kami mendukung dan memeluk abah memasuki liang lahad tempat tidur terakhirnya buat kali terakhir.. Rehatlah abah.. abah sudah penat.. rehatlah.. tidurlah dengan aman disana.. kami akan selalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan abah disana.. kami juga akan menyusul.. tunggu kami disana ya abah.. InsyaALLAH, kami akan selalu berikan abah hadiah.. semoga roh abah aman disana dan dicucuri rahmat Allah SWT serta semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana... amin...

Salam terakhir dari anakmu buat abah tercinta.. :'(

PadaMu aku berserah..

Engkau yang sedang memukul beban hati yang tidak ringan..
dengarlah ini...
Dalam gelapnya masalahmu, tetap setia pada yang benar,
tetap berharap kepada Tuhan dan janganlah pernah lupa bahawa Tuhan tidak pernah melupakan kesetiaanmu kepadaNya..
Tetaplah menjadi jiwa yang baik, mudah-mudahan Tuhan segera memasukkanmu dari jalan keluar yang benar dan mendatangkan dari sisiNya sebuah kekuatan yang menolongmu, yang melepaskan beban dari dadamu, yang membersihkan kekalutan dari fikiranmu dan yang mengeluarkan penyakit dari tubuhmu..
Semoga Tuhan mendamaikan jiwamu dan menyejahterakan hidupmu..