Thursday, August 30, 2012

Kisah Dunia kecil sang semut


Semut 1: wahai sahabatku, kenapa kita terlalu kecil untuk melihat dunia yang besar ini?

Semut 2: sahabatku, kenapa harus kau mengeluh sebegitu rupa? Allah itu maha kaya, maha   mengetahui, maka ketahuilah setiap apa yang diciptakanNya pasti ada sebab dan   hikmahnya sahabatku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) entri kali ni ana nak cerita mengenai semut, haa... kenapa semut? sebab semut adalah serangga yang sangat istimewa.. ana pasti semua kenal semutkan? kadang-kadang kita jalan-jalan terpijak semut buat tak tahu je kan? mentang-mentang mereka kecil main pijak je kan.. tp pernah tak kita terfikir yang semut tu tengah mencari rezeki untuk anak-anak mereka atau isteri-isteri mereka dan keluarga mereka yang lain.. kesian kan kalau terpijak? hurmm.. 
Tahu tak tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut? walaupun kecil tapi banyak kelebihannya. Tentu ada yang tertanya-tanya siapa semut sebenarnya. Ok, semut sebenarnya serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba kita perhatikan waktu semut berjalan, mereka akan berjalan secara berkelompok dan mereka akan berhenti bertegur sapa apabila berjumpa antara satu sama lain. Semut tak macam sesetengah manusia, mereka tak membezakan antara yang miskin dengan yang kaya. Kenapa ana cakap semut ni istimewa? semut ni istimewa sebab persahabatan mereka yang sangat murni antara mereka. Sebab itulah ana agak kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. Golongan serangga ni sanggup melakukan apa saja, contohnya jika berlaku kekurangan makanan, maka semua semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kpd semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Ini adalah pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pengorbanan yang dilakukan oleh manusia. Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut yang lain sedangkan dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya dari golongan yang boleh dikatakan mampu. Semut juga merupakan makhluk yang sangat unik kerana berdasarkan kajian yang ana baca dari sebuah buku, (ana lupa nama buku tu) semut mempunyai jaringan komunikasi yang sangat luar biasa disebabkan pancaindera mereka yang sangat peka terhadap sesuatu. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. Oleh itu, perlulah kita tahu bahawa sekecil-kecil semut, ia masih tahu untuk meletakkan diri mereka di tempat yang sewajarnya. Selain itu juga, sang semut juga memiliki disiplin yang tinggi dimana ia sangat mirip dengan ketenteraan. Tapi dalam ketenteraan semut, mereka tidak ada perwira tetapi mereka tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Cuba kita fikir, bagaimana serangga yang begitu kecil mampu mengikut disiplin sedangkan mereka tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan. Oleh itu, perlulah kita mentauladani sikap semut dalam kehidupan bermasyarakat ini, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupan mereka sangat bermakna. Jadikan serangga kecil ini sebagai contoh kita dalam kehidupan bermasyarakat dihari ini. InsyaALLAH semoga kita semua diredhai oleh Allah SWT.. Ana tutup entri ini dengan firman Allah SWT:

"Hingga apabila mereka sampai dilembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari." (An-nam:18)

nick-aqielah@miahalieqa