Tuesday, December 25, 2012

Kenyataan hidup disebalik kehidupan ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Ditangan kirinya ada kapur manakala ditangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “saya ada satu permainan... caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur dan ditangan kanan saya ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebut “kapur”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka sebut “pemadam”. Anak muridnya faham dan menyebut dengan betul, guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur makan sebut “pemadam”, jika saya angkat kayu pemadam maka sebut “kapur”. Dan diulang seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun, lambat laun mereka kembali seperti biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa minit kemudian permainan dihentikan.
Guru tadi tersenyum kepada murid-muridnya dan berkata, “murid-murid, begitulah kita umat islam. Mula-mula yang haq itu haq dan yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi batil dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita akan mulai mengikutinya. Musuh-mush kita tidak pernah berhenti membolak balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum islam dari semasa ke semasa. Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik, pakaian yang seksi meksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu dan segan menayang tubuh yang mengenakan dress yang ketat metat, terlebih kain disana terkurang kain disini kepada lelaki ajnabi. Trend hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.” “semuanya sudah terbalik, dan tanpa kita sedari, kita sedikit demi sedikit menerima tanpa rasa ia satu kesalahan. Faham?” tanya guru kepada anak muridnya. “Baik, untuk permainan kedua,...” guru meneruskan..
“Cikgu ada quran, cikgu akan letak di tengah karpet. Sekarang kamu semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?” murid-muridnya mula berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat dan macam-macam lagi. Akhirnya guru memberi jalan keluar, digulungnya karpet dan ia ambil quran tersebut. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “murid-murid, begitulah umat islam dengan musuhnya.. musuh islam tidk akan memijak dengan terang terangan.. kerana tentu kita akan menolak denga mentah. Orang biasa pon x suka kalau islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur sehinggakan kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah islam, jika ingin kuat maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah jika dimulai dengan tapaknya dulu, tentunya dinding dan peralatan dikeluarkan dulu baruah rumah dihancurkan. Begitulah musuh-musuh islam menghancurkan kita, ia tidak akan menghentam terang –terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dengan perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran islam dan mengikuti cara mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita”, “kenapa mereka tidak berani memijak kita secara terang-terangan cikgu” tanya seorang murid. Sesungguhnya mereka dahulu terang-terangan menyerang islam, misalnya perang salib, perang tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah islam... kalau diserang perlahan-lahan mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang terang-terangan, kita akan bangkit serentak dan mereka akan gerun.

Tamat cerita..... hehe

Moralnya disini, ana nak cerita berkenaan dengan akidah. Inilah penyebab runtuhnya akidah islam dan tumbangnya satu persatu anak bangsa. InsyaALLAH, kita fikir-fikirkan bersama dan sama-sama kita muhasabah kembali diri kita yang sering terleka ini.. 
Assalamualaikum wbt..

Monday, December 24, 2012

Jangan bersedih

selagi mana kita masih boleh bernafas,
selagi itulah masih ada peluang dan harapan, 
ruang dan peluang untuk memperbetulkan keadaan. 
Apa yang penting,
jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.

Tuesday, December 18, 2012

Kisah bidadari paling cantik di syurga

Assalamualaikum wbt.. antum pernah dengar tak lagu nasyid yang bertajuk Ainul mardhiah? faham tak kisah disebalik lagu tersebut? hurmm.. ni dia ana nak share sikit dari hasil pembacaan ana iaitu kisah bidadari paling cantik di syurga iaitu 'Ainul Mardhiah'

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab,  "inilah Syurga".

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasullulah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Wallahualam...

~nick-aqielah@miahalieqa~

Monday, December 17, 2012

We are special!!!

Assalamualaikum wbt... (baca Al-Fatihah sendiri ye)  Tajuk entri kali ini khas untuk perbincangan atau renungan buat sahabat-sahabat group usrah ana dimana ana nak cerita tentang istimewanya kita ini.. Sebelum baca entri ini sampai kebawah jom kita sama-sama laungkan ,"WE ARE SOOO SPECIAL!"and don't forget to say Alhamdulillah...
Setiap daripada kita lahir daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak berasa lemah, itulah dia "WE ARE SPECIAL!". Kita punya akal, akal adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Akal membezakan antara manusia dengan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah dihadapan orang lain sebenarnya sedang bersifat kufur dengan nikmat Allah, kufur ini dinamakan kufur nikmat dimana jika tidak silap ana tajuk ini kita pernah belajar sewaktu tingkatan 5 atau tingkatan 4. Manusia seperti ini tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. Contoh ayat yang sering kita dengar disekeliling kita "aku bodoh, mereka pandai.. aku lemah tak punya apa-apa, mereka sangat hebat jika nak dibandingkan dengan aku", "siapalah aku ni, dah la bodoh, x sempurna pula tu". (Ini hanya sekadar contoh, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia). Suka ana nak 'highlight'kan ayat ini 'orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah'. Maka, menyedari bahawa kita semua adalah istimewa, adalah jalan menuju kesyukuran. Bak kata Prof. Ezy, renung-renungkan dan selamat beramal...

Firman Allah SWT:
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) ~ (At-Tiin :4)

Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya.

Firman Allah SWT: 
"kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. ~(At-Tiin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Justeru, kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. (tapi jangan terlebih megah pula, riak namanya tu). Yakinlah bahawa kita BOLEH! jangan ragu-ragu dengan keputusan dibuat, mintalah petunjuk dariNya, insyaALLAH.. itulah yang terbaik. Dengan itu, kita tidak lagi merasa sedih dan lemah disisi manusia. Bahkan itulah yang dikehendaki Allah SWT. Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa " WE ARE SPECIAL!" cuma kita  perlu didik diri kita supaya menjadi orang yang berkeyakinan tinggi.. 
Wallahualam...

~nick-aqielah@miahalieqa~
 

Tuesday, December 11, 2012

Buat saudariku..


Saudariku.. 
ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber kesegaran. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.. 

Saudariku..
hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu', bibirmu dengan tilawatul quran dan zikrullah, matamu dengan memandang segala keindahan af'alullah di muka bumi dan langit, telingamu dengan tazkirah-tazkirah yang menambah ma'rifat kepadaNya. Akalmu tafakkur dan tadabbur dengan setiap bait-bait kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Allah SWT... 

wallahualam..

~nick-aqielah@miahalieqa~

Friday, December 7, 2012

Positif atau negatif kehidupan kita??

Ustaz Azman ada kata waktu kuliah pengajian islam sem 1 dulu, set kan minda dan kata "aku adalah apa yang aku fikirkan". jika positive yg aku fikirkan, maka positivelah keadaan hidupku, jika negative yang aku fikirkan, maka negativelah kehidupan ku.. kerana dlm diri kita hanya ada 2 caj iaitu positive dan negative, so, pilihlah yg mana terbaik! mungkin ada yang perasan ana ada tulis kata-kata ni kat tepi blog ana ni.. ye, itulah kata-kata pertama pensyarah ana sewaktu kuliah pertama kami.. ana tidak pernah lupa kata-kata itu, kerana ia amat bermotivasi buat ana, walaupun ia kelihatan ringkas tapi amat mendalam maksudnya. InsyaALLAH, sama-sama kita motivasikan diri kita kearah yang lebih baik... selamat beramal....

~nick-aqielah@miahalieqa~