Sunday, December 25, 2011

Sai Baba

Assalamualaikum semua.. salam penutup tirai 2011.. :) 
semoga semua kerja yang kita lakukan sepanjang tahun ini akan membawa pulangan pada masa-masa akan datang dan semoga semua amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT. InsyaALLAH...


Mungkin ini adalah entri saya yang terakhir untuk tahun 2011 ini.  Harap sesiapa saja yang sempat singgah di blog saya sepanjang tahun 2011 ini terhibur dan mendapat manfaat dari penulisan saya sebelum ini. Terima kasih diatas sokongan kalian semua. Salam maaf dari saya kerana mungkin ada antara komen-komen kalian yang tidak terbalas dan mungkin juga ada yang tidak "ter approve". hehe..


Untuk entri ini, saya ingat nak menulis tentang orang yang bernama 'Sai Baba'. Pernahkah kamu semua mendengar mengenai beliau?
Baru-baru ini seorang sahabat saya meminta saya untuk menulis mengenai 'Sai Baba' yang dikatakan sebagai dajjal. Tetapi memandangkan saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai beliau, saya terpaksa tangguhkan dahulu penulisan saya ini. Setelah beberapa minggu saya menjejaki kisah beliau saya dapati banyak komen-komen dari blog-blog lain yang mengatakan bahawa Sai Baba adalah pembawa kepada ajaran sesat atau dikatakan sebagai dajjal kerana cuba untuk mencari pengikut di seluruh dunia dan cuba untuk menyesatkan manusia lain. Sebelum saya melanjutkan penulisan saya, ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sai Baba. Sai Baba dilahirkan di Desa Nilayam Puthaparti, di wilayah timur Khurasan, India Selatan. Beliau dikatakan dapat menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan  kelumpuhan dan orang buta, dapat menurunkan hujan, mengeluarkan tepung melalui tangan dan banyak lagi yang bertentangan dengan fitrah seorang manusia. Itu adalah dakwaan beliau dan fitnah yang cuba disampaikan kepada pengikut-pengikut beliau. Beliau kini mempunyai ramai pengikut dari berbagai bangsa dan negara. Beliau juga cuba untuk memutar belitkan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Daripada apa yang saya baca, ciri-ciri dan teologi yang cuba disampaikan agak sama dengan teologi yahudi.  Banyak lagi yang beliau cuba sebarkan. Kalau ikutkan apa yang saya baca, banyak lagi cerita-cerita yang agak mengejutkan dan banyak juga respons positif dan negatif dari umat islam dan bukan islam. Tetapi saya tidak berani untuk berkata lebih. Mengenai Sai Baba adalah salah seorang dajjal daripada 30 orang dajjal tidak dapat saya katakan. Wallahualam.. tepuk dada tanya iman. Hanya ALLAH yang tahu. Kita sebagai umat islam haruslah mempercayai bahawa ALLAH itu adalah  satu dan tidak pernah berkahwin dan tidak pernah pula beranak atau diperanakkan. Sebagai seorang islam yang beriman kita telah sedia maklum dan seharusnya tahu bahawa tiada lagi nabi dan rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Walau sebaik mana pun seseorang itu tetapi sekiranya dia cuba mengaku bahawa dialah nabi terakhir selepas Nabi Muhammad saw atau mengaku sebagai Rabb maka tiada gunalah kebaikannya itu dan tidak perlulah dipercayai lagi melainkan meletakkan kepercayaan kita kepada Allah dan Nabi kita iaitu Muhammad saw.


“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”


Wallahualam..
by: nick-aqielah@miahalieqa

Tuesday, December 20, 2011

aUtisM??

Assalamualaikum semua... okay hari ni saya nak mengupas tentang 'autism'. Beberapa hari yang lepas saya ada bercakap dengan salah seorang sahabat saya di facebook mengenai autism. Banyak pendedahan yang beliau cuba terangkan. Agak teruja saya bila bercakap mengenai tajuk ini. Walaupun saya kurang pasti maksud sebenar 'autism' tetapi dengan beberapa kerat ilmu pembacaan yang saya ada saya cuba menjawab soalan yang diajukan mengenai 'phonic and autism'(maklum la saya ni bukan pelajar perubatan) hee... Ape itu autism? sebenarnya saya pon x berapa pasti tentang definisi ini. Tetapi berdasarkan apa yang saya baca dan faham daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, autism merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak yang dianggap sebagai kecacatan neurologi. Biasanya tanda-tanda autism dapat dilihat pada usia 3 bulan dan kebiasaannya ia lebih menjurus kepada kanak-kanak lelaki yang berkulit putih. Autism biasanya memberi masalah dalam pertuturan atau dengan kata lain ia memberi masalah kepada deria. Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami autism akan mengalami masalah dalam pembelajaran kerana mempunyai kecerdasan yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak biasa. Soalan kedua, kenapa terjadinya autism? okay, secara ringkasnya autism terjadi disebabkan dari pemakanan ibu semasa mengandung. Selain itu, aktiviti ibu semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada anak didalam kandungan. Seterusnya, ia juga berlaku disebabkan faktor penyusuan ibu setelah melahirkan. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya autism dikalangan kanak-kanak dan bayi yang baru lahir para ibu seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya supaya masalah autism ini dapat dikurangkan.
Soalan ketiga, bagaimana pula dengan sistem pendidikan bagi kanak-kanak autism? sistem pembelajaran bagi kanak-kanak autism juga mungkin berlainan dari kanak-kanak biasa. Mungkin kaedah phonic dapat digunakan. Saya kurang pasti tentang sistem ini, tetapi berdasarkan apa yang saya faham sistem ini menggunakan "cartoon and sound" untuk menarik perhatian mereka. Kaedah ini jarang sekali digunakan di Malaysia. Disebabkan kurangnya pendedahan tentang kaedah Phonic ini maka ramai orang di Malaysia tidak tahu tentang kaedah pembelajaran ini (bukan semua, hanya sesetengah). Lebih parah lagi ada sesetengah ibu bapa tidak tahu atau tidak dapat menerima bahawa anak mereka mengalami masalah autism. Seharusnya, mereka lebih memberi dorongan dan perhatian kepada kanak-kanak sebegini agar mereka boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Masyarakat juga harus bersama-sama bertanggungjawab dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka. Golongan seperti ini seharusnya dira'i bukan dikeji.  Soalan terakhir, adakah golongan autism sama dengan golongan 'sindrom down'?. Untuk soalan ini tidak dapat saya jawab, saya juga kurang pasti.
Apa-apa pun semoga kita semua di rahmati ALLAH SWT dan sentiasa berada di bawah perlindunganNya. Amin...


sekian dari: nick-aqielah@miahalieqa

Monday, December 19, 2011

kOmUnikaSi mAnUSia dan ALam

Assalamualaikum semua.. semoga sihat2 hendaknya ya..
hari ni saya nk cerita tentang "komunikasi manusia dan alam". Kenapa manusia dengan alam ye? kenapa bukan manusia dengan katil ke.. almari ke.. simen ke.. kan? kan? hehe..
ok, berbalik kepada tajuk, manusia dan alam sebenarnya saling memerlukan. Itu ayat lazim yang biasa kita dengar. Tetapi bagaimanakah pelaksanaannya? Adakah manusia cuba memahami dan menghormati alam? Sedangkan kita saling memerlukan. Allah SWT juga menjelaskannya dalam Al Quran, bahawa semua yang ada di alam ini memang sudah diciptakan untuk kepentingan manusia.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu” (al baqarah: 29)

“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (al an’am:141)”

Alam adalah sebuah keajaiban dan penuh misteri. Menyingkap persoalan tentang alam akan memberi impak yang baik untuk diri kita. Alam menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT. Maka dengan itu manusia harus bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan alam kepada kita. Pernah dengar tak orang bercakap dengan tumbuhan? mungkin ada sesetengah orang akan kata "dia ni gila ke cakap dengan pokok?". Hurm.. itulah manusia, hanya tahu bercakap tanpa berfikir.Sedangkan ada je nabi yang bercakap dengan tumbuhan, bahkan dengan haiwan juga. Mereka juga hidup, sama seperti kita. Mereka bernafas, bercakap bahkan juga mendengar serta sentiasa memberi doa terhadap insan yang sentiasa menghargainya. Bagi saya, bercakap dengan tumbuhan adalah satu terapi yang bagus untuk minda. :)





























by: nick-aqielah@miahalieqa :)

Tuesday, December 13, 2011

PeTua Bg PeNgIdAp MiGraiN

Cara Rawatan Islam:
Caranya ialah dengan mengambil daun misai kucing (orthosiphon stamineus).Kemudian dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.
Doa :
1)    Al-Fatihah
2)    Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”
3)    “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
*Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
*Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.
Selain itu,ini antara petua lain untuk menghilangkan migrain yang anda boleh amalkan;
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.
  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
  3. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
  4. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
  5. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.
  6. Ketika anda sedang berbaring di atas katil, cuba turunkan kepala anda mencecah lantai. Dengan kata lain, letakkan kaki anda atas katil dan kepala mencecah lantai. Biarkan selama beberapa miniti. Rasionalnya, teknik ini adalah untuk menurunkan perjalanan darah ke kepala. Ini kerana salah satu punca migrain ialah kekurangan darah dan pada bahagian kepala.
Selamat mencuba! Semoga penyakit migrain anda dapat diubati, insyaAllah.



Monday, December 12, 2011

peRTemuaN

Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..~


by nick-aqielah@miahalieqa

Thursday, December 8, 2011

SeUntai KaTa UntuK di RenuNGkan

Salam peringatan buat diriku juga untuk sahabat2 sekalian... Al-KHAWARIZMI : Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10. Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000. Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0". Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga. Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga.
Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.


nick-aqielah@miahalieqa :)

Tuesday, December 6, 2011

PesAnaN bUat saUdaRA

Jika kamu benar-benar menyayangi ku sepenuh hati, ajaklah aku menuju kasih sayang Pencipta kita. Sehingga cinta kasih yang kamu berikan memang benar-benar membawa kebahagiaan kepada kita, tidak hanya di dunia, malah diakhirat juga. Jika kamu benar cinta padaku, janganlah membiarkan aku mengikuti hawa nafsu untuk selalu menginginkan kamu sebelum ‘halal’ telah menjadi pengikat kita. Jika kamu benar-benar menginginkan aku menjadi pendamping hidup kamu, jagalah perasaan ku, terima aku dengan segala kekurangan ku, dengan semua yang terbatas pada apa yang aku punya dan apa yang mampu aku berikan untuk kamu Jika kamu benar-benar tulus mencintai ku, jangan katakan atau tanyakan itu untuk hal-hal yang belum pasti bagi ku. Jika waktunya memang sudah tepat, datanglah, dan langsung minta kepada orang tua ku. aku hanya akan sami’na wa atha’na kepada keputusan Ibu dan abah ku sebagai wali ku. Sungguh indah jika cinta itu terucap disaat yang tepat, tidak hanya di depan kita melainkan dihadapan Allah SWT.

hidup tanpa peraturan umpama hidup tanpa arah tujuan^^
By: nick-aqielah@miahalieqa

DiSemBer...

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.. 
kali ini disember menjadi tajuk. Nak tahu kenapa disember?? hehe..
ok, akan ku ceritakan disini. Memandangkan bulan ini adalah bulan disember maka ia agak sesuai juga la sekiranya aku menjadikan ia sebagai tajuk. Bukan itu saja, disember juga adalah bulan kelahiran ibu ku yang amat aku sayangi. Iaitu tanggal 5 disember 1966. Setelah hari berganti hari, masa berganti masa, umur juga berganti umur maka genap sudahlah 46 tahun umur ibuku. Selama 18 tahun ibu menjaga aku, makan minum ku sentiasa dijaga dengan rapi, setiap gerak geri aku, mungkin juga perasaan aku hanya ibu lah yang dapat fahami. Itu lah dia, kelebihan seorang ibu. Ingat lagi aku sewaktu aku masih bergelar kanak-kanak, aku selalu merenget mahu kan itu dan ini. Ibu dan abah selalu mengikut kemahuanku. Dulu aku seorang yang agak manja memandangkan hanya aku lah satu-satunya puteri didalam keluargaku. Setiap masa aku bersama ibu dan abah, orang kata "dibawah ketiak mak je bdk ni" hehe.. tp itu lah hakikatnya, aku memang macam tu. Kini, umurku sudah mencecah 18 tahun, aku sudah menjadi seorang remaja dan aku juga sudah bergelar mahasiswi. Masa aku bersama ibu dan abah juga sudah terhad. Aku terpaksa berjauhan dengan ibu dan abah demi untuk mencari ilmu. Begitu cepat masa berlalu. Hiba rasanya hatiku ketika melihat lambaian ibu dan abah setelah menghantarku ke kampus. Lambaian yang penuh dengan pengharapan, penuh kasih sayang dan penuh dengan kebimbangan. Wahai ibu, wahai abah.. insyaALLAH anakmu ini akan membawa balik segulung ijazah suatu hari nanti. Jangan kau bimbang akan keselamatan anakanda mu disini. Anakanda juga mempunyai satu hajat besar wahai bonda dan ayahanda. Hajat itu adalah anakanda ingin sekali membawa ibu dan abah menjejakkan kaki ke tanah suci bersama dengan anakanda. InsyaALLAH, semoga ALLAH membuka pintu rezeki untuk kita dan mempermudahkan urusan kita dalam menuju ke jalanNya. Sepanjang tahun ini, banyak yang aku belajar sehinggalah disember ini. Aku masih lagi belajar makna kehidupan. Aku cuba untuk mencari pengalaman aku sendiri. Walaupun ia susah tetapi aku akan cuba untuk harunginya. Ingat lagi aku akan pesanan guru ku supaya belajar dari kesilapan dan pengalaman. Itulah yang sedang aku cuba lakukan buat masa sekarang. "Jangan sesekali mengeluh bila diuji" itulah kata-kata yang selalu menjadi perangsang tika aku diuji. Akanku cuba sedaya upaya untuk mengharunginya. Semoga di akhir disember ini aku berjaya menghabiskan kerja ku tanpa keluhan. :) insyaALLAH..

                                                    I LOVE U MUM!
                                                   I LOVE U DAD!

LOVE DECEMBER!
by: nick-aqielah@miahalieqa

Tuesday, November 29, 2011

Disaat Aku Kesepian..

Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca entry ku sekalian..
sekalung ucapan terima kasih dariku kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ku yang tidak seberapa ini.
Untuk entry terbaru ini, "Disaat aku kesepian" mungkin amat tepat untuk aku jadikan sebagai tajuk, bersesuaian dengan waktu sekarang ini iaitu cuti semester bagi universiti aku dimana tempat aku menadah ilmu. Maaf, untuk entry ini, agak selesa bagi ku untuk membahasakan diri ini dengan perkataan 'AKU'. Mungkin ia agak kasar bunyinye, harap semua boleh menerimanya ya. :)
Ok la, berbalik kepada tajuk diatas, 'Disaat aku kesepian' aku fokuskan kepada diriku sendiri serta sahabat-sahabatku yang amat aku cintai dan kasihi. Seperti biasalah, kebanyakan entry ku ini banyak menceritakan tentang sahabat kan? Itulah dia, aku sangat mementingkan nilai persahabatan. Bagiku sahabat adalah orang yang penting selain ibu bapa dan ahli keluarga. Ketika  aku sedang asyik membelek-belek satu article aku terbaca satu kata-kata hikmah tentang sahabat yang bagiku amat menarik perhatianku. Ia berbunyi begini:


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu sentiasa terpelihara kejujurannya"

Haa.. itu dia definisi sahabat yang amat tepat dari sudut pandanganku sendiri.
Indahkan? 
Hatiku mula terpaut untuk menulis entry ini setelah seminggu aku berada dirumah. Ya, aku dirumah sekarang tanpa sahabat tetapi alhamdulillah, aku masih beruntung kerana masih diberi peluang  untuk berada disamping ibu dan abah ku serta adik lelaki ku. 
Buat sahabatku, ingin sekali aku menyatakan kesepianku tanpa kamu semua. Indahnya saat kita semua bersatu. Kita semua belajar bersama, bergurau dan sangat mesra. Rindu aku akan saat itu. Terlalu rindu wahai sahabat. Ingat lagi aku saat kita semua mula-mula bertemu, ketika itu hari pendaftaran, kamu berdua sedang duduk di atas kerusi tanpa sepatah kata. Aku melihat dari jauh, lalu setelah selesai aku mengisi beberapa borang aku pergi menyapa kamu berdua. Ikhlas aku katakan bahawa aku amat gembira bertemu kamu semua. Walaupun agak janggal diawal perkenalan tetapi aku cuba untuk menyesuaikan diriku. Setelah seminggu aku berada di kawasan yang amat asing bagiku tanpa keluarga disisi akhirnya kami bertiga menjadi sahabat yang amat mesra. Alhamdulillah, ini semua adalah pengaturan dari ALLAH.. aku amat bersyukur. Semasa minggu suai kenal mahasiswa (MSR) aku mula mengenali lebih ramai kawan, ketika itu juga aku mula mengenali seorang senior yang amat baik terhadapku, aku gelarkan dia dengan panggilan kakak, nama panjangnya biarlah menjadi rahsia. Selama beberapa bulan aku di sana, aku amat selesa kerana didampingi oleh sahabat-sahabat yang cukup baik, tidak lupa juga kakak yang banyak membantu aku dalam mengenal cara hidup berdikari. Mereka semua menjadi sumber inspirasi untuk aku menjadi lebih bersemangat dalam mencari ilmu. Kini, kemesraan kami sudah pudar, entah kemana hilangnya sahabat-sahabat yang aku kenal. Sahabat yang aku anggap sebagai adik-beradikku sendiri. Hanya yang tinggal kakak yang sememangnya seorang yang amat memahami diriku. Semasa minggu belajar pun mereka menghilang, cuba menjauhkan diri dariku. Entah apalah kesalahan aku terhadap mereka. Mungkin saja mereka sudah ada pengganti untuk diriku yang sudah mereka tidak hargai ini lagi. Ketika itu, aku belajar bersendirian, kadang kala aku belajar bersama rakan sebilikku. Aku ulang alik ke perpustakaan tanpa mereka. Aku amat sedih dan kecewa dengan sikap mereka. Akhirnya aku membawa diri. Aku cuba belajar hidup berdikari tanpa mereka. Tetapi alhamdulillah.. kakak sentiasa bersamaku. Menyokong aku, menjaga aku, memberi semangat kepadaku. Senyuman kakak tidak pernah lekang dari bibir manisnya. Aku amat terharu dengan sikap baiknya terhadap aku. Tidak sanggup rasanya aku menceritakan hal ini kepada kakak memandangkan kakak mempunyai banyak lagi tugasan yang penting untuk diselesaikan. Aku tidak mahu mengganggu konsentrasinya dan aku juga tidak mahu menyusahkannya lagi. Cukuplah dengan apa yang kakak hadiahkan selama ini. Walaupun aku tidak pernah menceritakan hal ini kepada kakak tetapi aku dapat rasakan yang kakak sudah dapat menghidu perubahan yang berlaku antara aku dan sahabatku. 
Tidak hairanlah kalau sekiranya kakak dapat mengesannya memandangkan ramai lagi antara  kawan-kawanku yang lain perasan akan perubahan itu. Walau apa pun, aku cuba sedaya upaya aku untuk menjaga hubungan persahabatan kami. Aku cuba merendahkan ego ku. Apa yang aku harapkan adalah ukhwah mesra yang terjalin dahulu. Aku sepi tanpa ukhwah kita semua! Aku sepi berseorangan disini! Aku sepi cuti semester ini! aku sepi tanpa khabar dari kamu semua! kakak juga sudah beberapa hari menyepikan diri tanpa satu sms pun. 'Chat' di facebook juga tidak berjawab. Aku x faham dengan keadaan sekelilingku sekarang. Ya Allah, adakah ini satu ujianMu terhadap hambaMu ini? Jika inilah ujiannya aku pasrah padaMu ya ALLAH.. jadikanlah aku manusia yang bersabar dan kembalikanlah ukhwah antara kami semua diakhir ujian ini ya ALLAH.. Amin..

Disaat aku kesepian....
Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.

sekian dari nick-aqielah@miahalieqa



Sunday, November 27, 2011

CaKap-CaKap oRaNg...

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"
KAHWIN UMUR MUDA ♥ "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"
KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"
KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥ "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"
KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"  


BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA!!!


Hidup biar sederhana :)
A big smile from :
nick-aqielah@miahalieqa :)

Sunday, October 9, 2011

JiWA yG teRluKa...


Apalah salahku sehingga dihukum sebegini... Ya Tuhan, berilah petunjuk kepada hamba Mu ini, sekiranya aku berbuat kesalahan maafkanlah aku.. aku manusia biasa yg kadang kala lalai dalam kehidupan duniawi. Cegahlah aku sebelum aku membuat sesuatu yg tidak baik. Bukakanlah pintu hati nya utk menerima aku dan sahabat2ku yg lain kembali seperti sedia kala.. Sungguh! aku tidak tahu apa kesalahan kami terhadapnya sehingga kami diperlakukan sebegini. Terasa sungguh terhina diperlakukan sebegini seolah2 kami ini membuat kesalahan yg begitu besar sehingga tidak dapat dimaafkan lagi. Terdetik dihati kecilku utk bertanyakan hal itu kpd nya, tetapi, apakan daya, aku tidak kuat utk menghadapinya. Sekurang2nya beritahulah kami apa kesalahan kami terhadapnya, tidaklah kami berfikiran buruk seperti ini. Ya Allah, tenangkanlah hatinya setenang air yg mengalir disyurga Mu ya Allah.. tolonglah hambaMu ini yg tersepit dlm keadaan.. berikanlah jalan penyelesaian kpd kami semua supaya tidak terputus ukhwah antara kami yg selama ini terbina kerana Mu.. Tenangkanlah jiwa2 kami semua dlm menghadapi ujianMu ya ALLAH.... Amin ya rabbalalamin...

Monday, September 12, 2011

SAAT PERPISAHAN MENJELMA..

Bismillahirohmanirrohim...... assalamualaikum... 
alhamdulillah... dalam kesibukan setiap hari akhirnya dapat juga saya meluangkan masa utk meneruskan penulisan saya di entri terbaru ini. Dengan masa yg berbaki beberapa minit lagi sebelum saya kesurau, ingin saya luahkan rasa takut saya semenjak akhir-akhir ini. Kenapa saya rasa takut? mungkin itu menjadi persoalan. Sebenarnya, saya rasa takut kerana saya mungkin bakal meninggalkan tempat yang saya sudah mula menyukainya iaitu di bumi MICET. Begitulah perasaan saya sewaktu pertama kali melangkah ke sini, penuh ketakutan dan penuh kesungsingan. Sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar, alhamdulillah doa saya dimakhbulkan. Disini saya telah dipertemukan dengan sahabat2 yg amat baik. Kami digelar tiga serangkai. Oleh kerana kami sentiasa bersama maka kami sentiasa menjadi perhatian kwn2 clazmate kami dan kwn2 dari section lain. Walaupun kami baru mengenali sesama kami kurang dari 3 bulan tapi kami semua mempunyai kriteria yg sama. Saya amat-amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yg boleh membimbing saya kejalan yang lebih baik. Susah sebenarnya utk kita mencari sahabat yg blh kita percaya, yang boleh menjaga kita dan membantu kita ketika memerlukan bantuan, yang mengambil berat tentang kita, yang sanggup mendengar ketika kita perlu meluahkan. Ya Allah, sesungguhnya sungguh sempurna apa yang Engkau aturkan kepada kami, Engkau tuhan yang maha mengetahui segala sesuatu yg ada di langit dan di bumi, malah perkara yg sungguh halus juga. Tetapi apakan daya, setiap pertemuan itu semestinya ada perpisahan, tidak sanggup rasanya menghadapi saat perpisahan antara kami bertiga. Sungguh! ukhwah antara kami bertiga terjalin kerana Allah. Subhanallah, Allahuakbar.. berikanlah aku kekuatan utk menghadapi perpisahan sementara ini. Sesungguhnya, orang2 yg engkau pertemukan kpd aku adalah org yg berhati mulia. setinggi-tinggi pujian aku ucapkan kepadaMu ya Allah. Mencari sahabat yang setia bersama dan memahami antara satu sama lain adalah perkara yg amat rumit, maka bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kpd kita iaitu mengurniakan sahabat yg blh membimbing dan membawa kita ke jalan Allah. Di bumi MICET ini, saya mula mengenali erti sahabat, erti usrah, erti kasih dan sayang antara sahabat, erti kehidupan berdikari. Terasa sgt2 sedih utk meninggalkan Micet dan sahabat2 disini especially kumpulan 3 serangkai. Bagaimanakah nanti aku ditempat baru? sahabat2 ditempat baru? suasana ditempat baru? dan mcm2 lagi benda yang  bermain2 di kotak fikiran ini. Terasa susah untuk diterjemahkan. Saya sebenarnya sudah "jatuh cinta" di MICET. Bukanlah jatuh cinta kepada lelaki micet yg saya maksudkan tetapi saya jatuh cinta dengan tempat ini. Susah untuk saya tinggalkan semua kenangan disini walaupun tidak terlalu lama lagi saya disini tetapi ia membawa memori yg terindah yg pernah saya lalui. Terasa hiba pula untuk meninggalkan tempat ini, berat hati saya. Tetapi apakan daya saya terpaksa untuk berbuat demikian untuk mengejar cita2 kerana kata org rebutlah peluang sementara peluang masih ada. 'Peluang tidak datang dua kali'. Semoga ukhwah antara 3 serangkai kekal sehingga ke syurga kerana ukhwah kami terjalin kerana ALLAH. Ya Allah, berkatilah dan peliharalah hubungan kami bertiga, berikanlah kami kejayaan bersama dan kebahagiaan. Lastly, wahai sahabat2ku, ingatlah bahawa kita adalah sahabat, jangan kau pernah berubah. Aku akan sentiasa mengingati dan menyayangi kamu semua. Tak akan pernah lekang doaku utk sahabat2 yg aku cintai. Sekian dariku..

by: nick-aqielah@miahalieqa 

                                                     





  LOVE YOU ALL SO MUCH!!!


 SMILE ALWAYS!! :)
                                                     

Wednesday, August 17, 2011

hAruSkaH FrUsT???

Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.
Kecewa?
Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"
Putus asa?
Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.
Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."(Surah al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?

Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: ayat 139)

Wallahu'alam..

Friday, August 12, 2011

cOreTan bUAt sAhabAtkU... :)


Kita berjumpa kerana takdir, 
kita berkawan kerana kasih sayang,
kita bersama kerana hati, kita berpisah kerana cita2,
kita kekal kerana kuatnya ukhwah, 
kita bergaduh kerana harga 1 ikatan, 
TAPI yang paling penting semuanya adalah kerana ALLAH.. 

Bukan mudah untuk kekalkan, 
bukan mudah utk teruskan, 
bukan mudah sehingga sekarang, 
tapi semuanya adalah kerana ALLAH.. 
Tanpa Dia tidak mungkin sekarang terjadi..
Coretanku buat insan yang bergelar 'SAHABAT'..
Moga bersahabatan antara kita kekal selamanya..
teruslah melangkah kehidupan kerana disitu ada kemanisan...

sincerely from: nick-aqielah @ miahalieqa

SMILE ALWAYS.... :)

Wednesday, July 13, 2011

Hawa... Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana.. kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana.. kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki..

Saturday, July 2, 2011

"Wanita cantik ialah:  


1.Melukis kekuatan melalui masalah 
2.Tersenyum saat tertekan 
3.Tertawa saat hati sedang menangis 
4.Tabah di saat terhina 
5.Mempersona kerana memaafkan 
6.Mengasihi tanpa balasan 
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi...  


"Ya Allah...wlaupn aku xcantik dmata manusia,ckuplah skadar cantik dhadapan-Mu":)

Wednesday, June 29, 2011


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka
seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya..






jika kamu telah menemui seseorg yg pasti membawa kebaikan kpd dirimu,, menyayangimu,,mengasihimu...mengapa kamu berlengah? cuba membandingkan dia dgn yg lain...terlalu mengejar kesempurnaan... kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik org lain...
ketika itu tiada gunanya lagi jika kamu sesali.. :)


Jika bercinta, janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu menjadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.. :)


jika bercinta, janganlah kita mencintai manusia melebihi kita mencintai Allah. Kerana cinta Allah adalah cinta yg abadi dan cinta yg hakiki..


:) smile always..


from nick aqielah with love..

Tuesday, June 28, 2011

dOa uTk Mu KeKasiH...

Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU. Agar bertamabah kekuatanku untuk mencintaiMu. 
Ya Muhaimin… Jika aku jatuh hati. Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. 
Ya Rabbana… Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Allah… Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. 
Ya Allah… Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. 
Ya Allah… Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
amiin....

fRienD fOr eVer..



Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan..ramai
orang akan datang dan pergi dari kehidupan kita, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hati.. Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada kita, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata kita walaupun ianya salah...~~ 

wa'allahualam...

assalamualaikum :)


Wednesday, June 22, 2011


ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Tuesday, June 21, 2011

Bahagiakah hidup manusia didunia?.. Jika dikatakan bahagia, kerana kita mahu menjadi sabar, tabah dan redha. Sabar, tabah dan redha menyempurnakan amanah, membantu, menyelamatkan manusia. Tetapi apa yang berlaku majoriti manusia menjadi hilang pedoman, pegangan, tidak menyempurnakan tuntutan Allah dan melakukan kejahatan kerana mahukan bahagia dan keseronokan hidup didunia.. Hakikatnya bahagia, hanya bila dimasukkan kedalam syurga Allah.. Tidak ada bahagia didunia, jika ia bahagia tak akan ia katakan hanya pensinggahan, kembara, bangkai, penjara dan berbagai-bagai lagi. Hidup didunia hanyalah perjalanan yang telah ditentutetapkan Allah pada manusia. Maka terpulang pada manusia, mahukan bahagia yang sementara sifatnya dengan melupakan segala tuntutan Allah, melakukan perbuatan yang ditegah.. Atau yang kekal selama-lamanya dengan berusaha menyempurnakan segala tuntutan Allah sebaik-baiknya...


WALLAHUALAM...