Saturday, June 16, 2012

Disaat tangisan itu jatuh

Ya ALLAH, aku tidak tahan lagi menahan air mata ini dari melimpah keluar membasahi pipi ini tatkala sedang membaca sebuah blog yg sudah lama aku abaikan. Dari tadi aku merenung screen laptop sehingga merah-merah mataku semata-mata untuk membaca satu blog. Blog tersebut milik sahabatku yang paling aku sayang. Ya ALLAH, jika bukan kerana keizinanMu, tidak mungkin terdetik di hatiku untuk membuka dan membaca blog tersebut. Ternyata, hidayah itu milik sang Penciptaku yang maha Agung. Semakin aku baca, semakin kuat perasaan aku untuk membaca lagi tajuk-tajuk seterusnya yg di ulas dengan mantap. Ternyata, sebakku tidak dapat dibendung lagi setelah mataku terhinggap pada tajuk yang seterusnya iaitu tentang perjuangan. Kalau sebelum ini, aku tidak faham apa erti sebenar perjuangan itu, tetapi pada saat ini aku mula memahami dengan lebih mendalam erti perjuangan dan pengorbanan. Ternyata perjuangan dan pengorbanan itu sungguh hebat ertinya. Terlalu banyak input yang aku dapat daripada isi bacaan tersebut, dan ia secara tidak sengaja telah banyak memberi motivasi dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan. Daripada itu juga, aku dapat merasa betapa berharganya pengalaman sewaktu jatuh dan bangunnya kita dalam perjuangan. Disaat seseorang itu menghadapi kesusahan, disitulah letaknya pintu kesabaran, walaubagaimana susah pun kita, jika kita istiqomah dalam melakukan sesuatu insyaALLAH, Tuhan pasti membantu. Berbekalkan semangat yang tinggi pastinya akan dapat membawa kita ke jalan kejayaan. InsyaALLAH, berbekalkan ilmu yang ada ini, walau tidak seberapa tingginya, akan aku sampaikan kepada sahabat-sahabatku yang lain. Sekurang-kurangnya aku mampu melakukan dakwah kecil. InsyaALLAH, jika dengan dakwah kecil ini dapat melahirkan pewaris srikandi yang dapat menegakkan syiar islam, akan aku terus menerus berusaha untuk menyampaikan dakwah selagi mana aku mampu. Terima kasih sahabat, kerana menulis sesuatu yang berguna untuk aku baca sampai menitis-nitis air mata ini. Syukran ya ukhti..

nick-aqielah@miahalieqa

2 comments:

lina said...

:) go mia!

nick-aqielah a.k.a miahalieqa said...

thx baby lina.. :) hope for u too... :)