Monday, May 30, 2011

KU MENCINTAIMU KERANA ALLAH...

Saat engkau bisikkan kata: ♥•• AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH ••♥ Sungguh hatiku berbunga ✿ Tapi maaf.. Berat untuk ku menjawab: ♥•• AKU PUN MENCINTAIMU KERANA ALLAH ••♥ ==========KERANA RASA CINTA ITU BELUM HALAL BAGIKU========== Cukup sebuah doa untukmu. Semoga Allah membalas dengan CintaNYA kepadamu yang telah mencintaiku kerana Allah. Aamiin :)

Monday, May 23, 2011

dimana cita2 bermula??

Seseorang yang tabah takkan membiarkan hidupnya hari ini sama dengan kelmarin, sebaliknya mencari sesuatu yang lebih bernilai untuk diabadikan dalam episod kehidupan akan datang..  


"Perjalanan beribu batu bermula dari langkah yg pertama"  
"Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi manusia gagal untuk merancang"  
"Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita"  
"Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai" "Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih..

Sunday, May 22, 2011

ZIKRULLAH....




Kelebihan Zikir Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "INGAT". Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati. Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan. Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah. Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita. "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari-Ku." Al-Baqarah 152 "Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42


"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah An-Nisa' 103 Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal lehermu?" Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikir kepada Allah".

JALAN PILIHAN....



Kehidupan kita tidak pernah lari dari mendengar dari perkataan "kesulitan", "musibah", "dugaan", "kesedihan" dan sebagainya.
Lalu ia diikuti dengan 2 jenis tindakan susulan dari seorang bernama insan, antara redha atau melawan takdir. Kemudian, ia ditambah dengan 2 jenis bentuk permohonan, samada berdoa meminta ampun dan petunjuk dari Yang Maha Esa atau mencari isi-isi dunia untuk memohon menenangkan diri yang duka. Diatas jalan mana kita akan berada nanti jika kita menempuh diari yang duka?


Hidup ini biarlah seimbang, Agama dengan Dunia, Ibadat dengan Amalannya, Ilmu dgn Akhlak, Jasmani dengan Rohani dan Akal dengan Hati...


wallahualam....

Saturday, May 21, 2011

WANITA DAN KEIMANAN...





(Khadijah, wanita syurga terbaik)
Aisyah r.a berkata, "Aku tidak pernah cemburu kpd isteri2 Nabi lebih dari kecemburuanku terhadap Khadijah yg mangkat sebelum Rasulullah meminangku. Aku mendengar Rasulullah menyebut-nyebut dirinya. Bahawa Allah memerintahkan Rasullulah memberikan khabar gembira kpd Khadijah dgn rumah dari emas di syurga. Apabila Rasulullah menyembelih kambing kemudian menghadiahkan daging kambing itu kpd semua isterinya, nescaya daging itu tidak mencukupi jumlah mereka" - HR.Bukhari dan Muslim. Beliau merupakan wanita pertama yg beriman dan mengorbankan semua untuk agama Allah. Dia adalah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan ibu kaum mukminin (Ummul Mukminin). Ibnu Athir berkata, "Khadijah binti Khuwailid adalah makhluk Allah pertama yg masuk Islam, demikian menurut kesepakatan (ijma') kaum muslimin. Oleh sebab itu, dia memiliki kedudukan tinggi di sis Allah dan Rasul-Nya"


Aisyah r.a berkata, "ketika di sebut nama Khadijah, Rasulullah s.a.w tidak bosan memuji dan memohon keampunan utknya. Pada suatu hari dia menyebut nama Khadijah hingga aku dihinggapi rasa cemburu. Aku berkata, 'Sungguh Allah s.w.t telah menggantikan wanita tua itu denganku!' Aku melihat Rasulullah murka terhadapku. Aku berkata dlm hati, 'Ya Allah, apabila Engkau menghilangkan murka Rasul-Mu, maka aku tidak akan menyebut keburukan Khadijah sama sekali.' Rasullulah melihat apa yg aku lakukan seraya berkata, 'Apa yg kamu ucapkan? Demi Allah, Khadijah telah beriman kepadaku di saat semua manusia mendustaiku. Dia selalu menyambutku ketika semua manusia mengusirku. Aku diberi kurnia anak darinya, namun kamu menahannya dariku.' Aisyah melanjutkan, 'Kemudian Rasulullah tiddak menemuiku selama sebulan." Hati Khadijah terus bergetar ketika pertama kali mendengar ajaran Islam. Hati yg dipenuhi oleh cahaya Islam itu menjadikannya seorang wanita pengulu syurga. Wallahualam~~


semoga berjumpa lagi di post yg akan dtg...


assalamualaikum....

kesenangan sesaat???




Apakah kita akan menghabiskan waktu, fikiran, tenaga dan harta kita untuk kesenangan yang sesaat?. Ataukah kita memilih untuk bersabar dan mengutamakan kenikmatan yang kekal di akhirat kelak? Dalam sebuah hadits yang sering kita dengar yang diriwayatkan oleh Abu Barzah ra bahwa Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam pada hari kiamat sebelum ditanya tentang empat perkara : Tentang umurnya untuk apa ia habiskan, masa mudanya untuk apa ia gunakan, hartanya dari mana di perolehi dan ke mana dibelanjakan, dan ilmunya apa yang diamalkannya. " (HR Tirmizi) Bekerja di dunia memang tidak salah, yang menjadi salah adalah ketika kita menjadikan dunia sebagai tujuan dan matlamat sehingga lupa pada akhirat. Yang terbaik adalah bekerjalah di dunia untuk persiapan bekalan di akhirat kelak. Binalah bangunan-bangunan sebagai wasilah untuk ibadah, amal soleh dan segala bentuk ketaatan serta kebaikan yang diredhai Allah swt sehingga waktu yang terpakai, fikiran yang diperas, tenaga yang tercurah dan pembiayaan yang telah dikeluarkan tidak akan menjadi sia-sia malah akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.


apakah kite mengira bahawa kita akan hidup selamanya?? fikir2kan dan selamat beramal.... :)


wallahualam... 


assalamualaikum...

Sunday, May 15, 2011

PINTAKU KEPADAMU...






aq x memandang pd HARTA, 
jd x usah menunjuk apa yg ada... 
aq x memandang pd rupa, 
x perlu nk bergaya...  
cukup sekadar IMAN didada, 
solat dijaga...


HUHH... xde ape da nk di tulis lagi..
ketandusan idea...


bye2 all.... 
semoga jumpa lagi di post yg akan dtg..
assalamualaikum..



Saturday, May 14, 2011

Dalam diam aku mencintaimu..

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, 
susuk yang ia tampilkan, 
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya dan imannya, 
kerana itulah pintu hatinya.. 
Tempat dimana cinta itu ada.
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. 
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan...

Kita selak kembali sebuah kisah, iaitu kisah cinta Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, masyaALLAH... sangat menarik kisahnya. Ini kisah Ali, dipendamkan rasa hati dan perasaannya kerana beliau sedar bahawa dirinya tidak punya apa-apa selain usaha yang kuat untuk merealisasikan cintanya, beliau tertarik dengan seorang gadis yang mempunyai peribadi yang sangat tinggi, paras rupa yang cantik dan kecekalan yang kuat apatah lagi ibadahnya, itulah gadisnya puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra.. Cukup panjang jika nak dihuraikan, tetapi cukuplah jika dihuraikan dalam suatu riwayat, dikisahkan bahawa suatu hari, Saidatina Fatimah berkata kepada Ali, "maafkan aku kerana sebelum bernikah dengan mu, aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda,". Lalu, Ali terkejut mendengar pengakuan tersebut seraya berkata, " Jikalau begitu, mengapa engkau mahu menikah dengan ku? dan siapakah pemuda itu?" Sambil tersenyum, Fatimah Az-Zahra berkata, "ya, kerana pemuda itu adalah dirimu".

Lihatlah sahabat, betapa hebat peribadi dua insan agung.. mencintai dalam diam kerana percaya dan yakin bahawa Allah menentu jodoh mereka. Inilah cinta dua agung yang memperjuangkan hidupnya hanya kerana Allah dan RasulNya.. begitulah cinta yang bersenikan 'diam', saling mencintai tetapi masing-masing memendam perasaan kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepada ALLAH SWT.. Sememangnya amat sukar untuk menjadi seperti mereka. Namun, untuk meneladani mereka adalah suatu perkara yang perlu kita lakukan. Sememangnya keimanan kita tidak sama seperti mereka, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencontohinya. Jika ingin berjaya, tiada jalan lain melainkan cara hidup Rasulullah dan para sahabat, cara hidup yang melengkapi fitrah insaniah tetapi ramai diantara kita masih memilih jalan yang sukar. Pilihlah dengan pandangan mata hati yang bersih, bukan dengan pandangan nafsu semata-mata. Sentiasalah mendekatkan diri kita kepada Allah supaya diberi keyakinan dan kepercayaan dalam setiap keputusan..

titipkan cintamu pada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah kerana syaitan cuba menyelinap masuk dihati untuk menjadikan cinta yang hadir adalah cinta yang palsu dan akan merosakkan iman kita..

Jaga hati, jaga iman.. insyaALLAH, selamat dunia akhirat.. Wallahualam.. :)

take it easily...  
adios....

~nick-aqielah@miahalieqa~

TEPUK DADA TANYA HATI..








Dlm kehidupan kta ALLAH S.A.W akn bagi 1 je peluang utk kta berjumpa dgn oRg yg btl2 syg kta, Sekiranya kta leka, Kta akan kehilangannya wt selamanya.. Tpi kta x penah tahu siapa org 2 jika kta sendiri x prnah mencuba utk menilai kehadirannye, Masa 2 bru kta mula sedar kehadirannya ckup brmakna, Mungkin kta x berpeluang lagi utk memiliki dirinya pada saat itu, Jadi fahamilah hati seseorang itu sedalam nya dan cerahkanlah dgn kasih sayangmu,,dgn seikhlas hatimu........ JGN SIA2 KAN....


ketika kita btemu dgn seseorg yg mbuat kita trtarik, ia bukan 1 pilihan tp 1 kesempatan..bila kita mmutuskn utk mncintai seseorg dgn segala kekurganya itu bkn 1 ksempatan tp 1 pilihan..ketika kita myedari masih rmai lg org lain yg lbh menarik,lbh pndai,lbh kaya dbndingkn drinya tp kita masih mncintainya..itu satu pilihan sbnrnya..so,bljrlh mcintai seseorg yg xsmpurna dgn cara yg sempurna.. huhuhu...


post ni sje sy tulis utk memenuhi baki2 masa yg masih ade... hanya sekadar renungan dimasa lapang... tidak ade kena mengena dgn yg hidup ataupon yg telah meninggal dunia.. hik3... renung2kan dan selamat beramal... :)


assalamualaikum...

Wednesday, May 11, 2011

DOA BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARI FITNAH DAJJAL..

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal 1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir. ‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809) “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim) 2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini, اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال ‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam.....

DOA

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan) Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.




اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih ) Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah..