Monday, December 17, 2012

We are special!!!

Assalamualaikum wbt... (baca Al-Fatihah sendiri ye)  Tajuk entri kali ini khas untuk perbincangan atau renungan buat sahabat-sahabat group usrah ana dimana ana nak cerita tentang istimewanya kita ini.. Sebelum baca entri ini sampai kebawah jom kita sama-sama laungkan ,"WE ARE SOOO SPECIAL!"and don't forget to say Alhamdulillah...
Setiap daripada kita lahir daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak berasa lemah, itulah dia "WE ARE SPECIAL!". Kita punya akal, akal adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Akal membezakan antara manusia dengan haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah dihadapan orang lain sebenarnya sedang bersifat kufur dengan nikmat Allah, kufur ini dinamakan kufur nikmat dimana jika tidak silap ana tajuk ini kita pernah belajar sewaktu tingkatan 5 atau tingkatan 4. Manusia seperti ini tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. Contoh ayat yang sering kita dengar disekeliling kita "aku bodoh, mereka pandai.. aku lemah tak punya apa-apa, mereka sangat hebat jika nak dibandingkan dengan aku", "siapalah aku ni, dah la bodoh, x sempurna pula tu". (Ini hanya sekadar contoh, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia). Suka ana nak 'highlight'kan ayat ini 'orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah'. Maka, menyedari bahawa kita semua adalah istimewa, adalah jalan menuju kesyukuran. Bak kata Prof. Ezy, renung-renungkan dan selamat beramal...

Firman Allah SWT:
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) ~ (At-Tiin :4)

Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya.

Firman Allah SWT: 
"kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. ~(At-Tiin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Justeru, kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. (tapi jangan terlebih megah pula, riak namanya tu). Yakinlah bahawa kita BOLEH! jangan ragu-ragu dengan keputusan dibuat, mintalah petunjuk dariNya, insyaALLAH.. itulah yang terbaik. Dengan itu, kita tidak lagi merasa sedih dan lemah disisi manusia. Bahkan itulah yang dikehendaki Allah SWT. Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa " WE ARE SPECIAL!" cuma kita  perlu didik diri kita supaya menjadi orang yang berkeyakinan tinggi.. 
Wallahualam...

~nick-aqielah@miahalieqa~
 

2 comments:

iccunikl said...

Insyaallah walau ape yg terjadi sama ada yg baik mahupun yg buruk ada hikmah yg tersembunyi. senoga dgn entry ini akan menyedarkan kite betapa kite tetap penting dalam menyumbang kepada perjuangan islam

nick-aqielah a.k.a miahalieqa said...

insyaALLAH... let's say we all special.... terima kasih.. :)