Sunday, December 25, 2011

Sai Baba

Assalamualaikum semua.. salam penutup tirai 2011.. :) 
semoga semua kerja yang kita lakukan sepanjang tahun ini akan membawa pulangan pada masa-masa akan datang dan semoga semua amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT. InsyaALLAH...


Mungkin ini adalah entri saya yang terakhir untuk tahun 2011 ini.  Harap sesiapa saja yang sempat singgah di blog saya sepanjang tahun 2011 ini terhibur dan mendapat manfaat dari penulisan saya sebelum ini. Terima kasih diatas sokongan kalian semua. Salam maaf dari saya kerana mungkin ada antara komen-komen kalian yang tidak terbalas dan mungkin juga ada yang tidak "ter approve". hehe..


Untuk entri ini, saya ingat nak menulis tentang orang yang bernama 'Sai Baba'. Pernahkah kamu semua mendengar mengenai beliau?
Baru-baru ini seorang sahabat saya meminta saya untuk menulis mengenai 'Sai Baba' yang dikatakan sebagai dajjal. Tetapi memandangkan saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai beliau, saya terpaksa tangguhkan dahulu penulisan saya ini. Setelah beberapa minggu saya menjejaki kisah beliau saya dapati banyak komen-komen dari blog-blog lain yang mengatakan bahawa Sai Baba adalah pembawa kepada ajaran sesat atau dikatakan sebagai dajjal kerana cuba untuk mencari pengikut di seluruh dunia dan cuba untuk menyesatkan manusia lain. Sebelum saya melanjutkan penulisan saya, ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sai Baba. Sai Baba dilahirkan di Desa Nilayam Puthaparti, di wilayah timur Khurasan, India Selatan. Beliau dikatakan dapat menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan  kelumpuhan dan orang buta, dapat menurunkan hujan, mengeluarkan tepung melalui tangan dan banyak lagi yang bertentangan dengan fitrah seorang manusia. Itu adalah dakwaan beliau dan fitnah yang cuba disampaikan kepada pengikut-pengikut beliau. Beliau kini mempunyai ramai pengikut dari berbagai bangsa dan negara. Beliau juga cuba untuk memutar belitkan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Daripada apa yang saya baca, ciri-ciri dan teologi yang cuba disampaikan agak sama dengan teologi yahudi.  Banyak lagi yang beliau cuba sebarkan. Kalau ikutkan apa yang saya baca, banyak lagi cerita-cerita yang agak mengejutkan dan banyak juga respons positif dan negatif dari umat islam dan bukan islam. Tetapi saya tidak berani untuk berkata lebih. Mengenai Sai Baba adalah salah seorang dajjal daripada 30 orang dajjal tidak dapat saya katakan. Wallahualam.. tepuk dada tanya iman. Hanya ALLAH yang tahu. Kita sebagai umat islam haruslah mempercayai bahawa ALLAH itu adalah  satu dan tidak pernah berkahwin dan tidak pernah pula beranak atau diperanakkan. Sebagai seorang islam yang beriman kita telah sedia maklum dan seharusnya tahu bahawa tiada lagi nabi dan rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Walau sebaik mana pun seseorang itu tetapi sekiranya dia cuba mengaku bahawa dialah nabi terakhir selepas Nabi Muhammad saw atau mengaku sebagai Rabb maka tiada gunalah kebaikannya itu dan tidak perlulah dipercayai lagi melainkan meletakkan kepercayaan kita kepada Allah dan Nabi kita iaitu Muhammad saw.


“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”


Wallahualam..
by: nick-aqielah@miahalieqa

No comments: