Wednesday, June 27, 2012

Stanza Cinta dan Hani

Assalamualaikum semua.. semoga sihat-sihat hendaknya... untuk pengisian kali ni ana nak bahasakan diri ana sebagai "ana", bukan "aku" atau pun "saya" lagi.. InsyaALLAH, ana sedang practice berbahasa arab pula.. hehe... Ok, untuk pengisian kali ni ana nak cerita mengenai dua buah cerita yang paling ana suka tengok, kiranya macam cerita favourite ana la.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi ana tak pernah rasa jemu untuk tengok lagi. Nak tahu kenapa? Sebab cerita tu banyak memberi semangat, motivasi dan pengajaran kepada ana. Watak utama dalam kedua-dua cerita tu dilakonkan oleh Nur Fathia. Beliau sangat cantik bila bertudung. Inilah dia cerita yang ana suka tgk tu, satu Stanza Cinta dan yang satu lagi Hani.


Daripada kedua-dua cerita tu ana lebih suka cerita Hani sebab pengajarannya lebih mendalam daripada Stanza Cinta. Tapi Stanza Cinta pon apa kurangnya, kedua-dua cerita ni berjaya buat ana menangis walaupun dah tengok banyak kali. Setiap episod untuk kedua-dua drama ni banyak memberi motivasi kepada diri ana. 

Antara kata-kata yang ana tak boleh lupa dalam Stanza Cinta:


"Setiap apa yang kita lakukan untuk berubah mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kalau tidak ikhlas tiada guna seperti debu-debu yang ditiup angin berterbangan." ~ Amni
"Hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk yang Maha Esa. Hidup bukan untuk mati, mati sebenarnya untuk hidup." ~ Amni

"Kita jangan takut pada mati, kita jangan lupa pada mati.Kita kena rindu dengan mati sebab mati adalah pintu untuk berjumpa dengan Allah. Mati bukan pengakhiran kisah hidup kita. Tapi mati adalah awal cerita dalam hidup kita." ~ Umairah 

"Kita kena terima mati itu dengan penuh ketakwaan. Seorang manusia yang terbaik, seorang manusia yang soleh solehah, seorang manusia yang bertakwa, adalah seorang yang memanfaatkan dirinya untuk orang lain." ~ Umairah 


dan ada satu lagi kata-kata Umairah, saya tak berapa ingat, ia berbunyi lebih kurang macam ni "tasbih ni adalah barang yang paling saya sayang, tapi saya nak bagi kat awak, sbb hadiah yang paling berharga adalah jika kita memberi sesuatu yang paling kita sayang untuk orang yang paling kita sayang ". Kata-kata inilah buat air mata ana tak henti-henti mengalir, dalam hati ana berkata "ya ALLAH, jika aku diberikan hadiah, aku nak sangat diberikan tasbih, walaupun kecil tapi ia sangat berharga daripada diberikan rumah yang besar atau kereta mewah atau barang kemas"






Episod yang paling menyedihkan dalam cerita Hani adalah episod akhir, sangat menyentuh perasaan ana. Seorang gadis buta mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan agama sebelum meninggal dunia. Orang yg buta pon blh bg sumbangan mereka utk agama, tp kita yg celik ni langsung tak terfikir nak bagi sumbangan pada agama kita.. sedangkan pancaindera yg diberikan untuk kita lebih sempurna... Subhanallah.. orang yg buta itu lebih terang hatinya berbanding org yg celik.. sbb tu mereka lebih tahu menghargai sesuatu.. sedihnya ya ALLAH... Yang paling menyedihkan dalam cerita ni Ummu Hani meninggal dipangkuan kedua ibu bapanya sambil memegang Al-Quran Braille yang disiapkan sebelum dia nak berangkat ke Mekah untuk buat umrah dan saat nafas terakhirnya Hani yang buta itu tiba-tiba dapat melihat wajah ibu dan ayahnya.
Selepas tengok cerita ni, keinginan ana untuk menjejakkan kaki ke Darul Quran semakin membuak-buak. Sejak itu, ana sangat berharap dapat ke sana suatu hari nanti. 


Pesanan ana untuk semua, semoga cerita yang kita tengok itu dapat memberi motivasi dan pengajaran kpd diri kita, jangan hanya tengok dengan pemahaman yang kosong. Tengoklah dengan hati supaya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada diri kita. Sekian..


nick.aqielah@miahalieqa


Sunday, June 24, 2012

Kisah bulatan gembiraku!


" Assalamualaikum adik!" sapa seorang kakak yang baru seminggu ku kenal.

"Owh, akak rupanya.. ingatkan siapa tadi.. akak dari mana?" tanya ku sambil berjabat salam. 

"akak dari cafe td, ternampak adik jalan kat depan tu ha.. tu yang akak tegur.. hehe.. adik sihat? dah makan? hurmm... mcm mane suasana kat sini? ok x? dah boleh terima masakan disini?" tanya kakak bertubi-tubi. Walaupun baru seminggu kami berkenalan tetapi kakak  sungguh mesra melayan pelajar baru seperti aku, terasa segan pula untuk berkata-kata.

Sambil tersenyum aku mula mengatur kata, "owh yeke, alhamdulillah sy sihat je, dah makan td dengan kawan-kawan kat bilik.. hurmm.. suasana kat sini okay, cantik, makanan pon insyaALLAH boleh terima. " walaupun dah seminggu aku tidak berselera menjamah apa-apa makanan di sini kerana rindu dengan masakan ibu ku di rumah. Nasib baik makcik letakkan roti dalam bag aku, boleh juga aku alas perutku sementara aku belajar untuk merasa makanan disini. 

"alhamdulillah, lama-lama nanti boleh sesuaikan diri la tu.. hehe.. owh ye, akak ada benda nak bagitahu ni" dengan wajah yang agak serius tetapi tetap manis bila di pandang. Sungguh sopan kakak ini berbicara.

"nak bagitahu apa kak?" balas aku.

"petang sabtu ni akak ade buat usrah di surau pukul 6 petang, kalau adik rasa nak ikut jom la sekali, akak ade kt situ.. ajak la kawan-kawan sekali.. lepas kita berusrah kita solat maghrib sama-sama kat surau ye? akak x paksa, kalau adik rasa nak join msg akak ye?" jelas kakak kepada ku.

Aku termenung seketika, selepas beberapa saat berfikir akhirnya aku mengeluarkan kata-kata. " emm.. insyaALLAH, jika xde halangan sy pergi ek, nanti apa-apa saya msg akak balik" walaupun hakikatnya aku sudah berjanji dengan pakcik dan makcik ku untuk pulang ke rumah mereka minggu ini. Maklumlah, minggu pertama di sini agak janggal bagi ku.

(minggu hadapannya)

Ketika itu waktu petang, sementara masuk waktu asar aku membuka facebook sambil membiarkan 'chatbox'  terbuka. Tiba-tiba satu 'chat' dari kakak masuk,seperti biasa sapaannya bermula dengan salam dan aku menjawab salam tersebut dengan senyuman, walaupun kakak x nampak tapi aku tetap tersenyum. Sekali lagi kakak mempelawaku mengikuti usrah di surau pada hari dan waktu yang sama dan jawapan aku tetap sama seperti minggu lepas tapi kali ni aku sedikit bersungguh-sungguh untuk mengikutinya. Melihat kesungguhan kakak, hatiku mula lembut untuk mendekati dan mengetahui apa itu usrah sebenarnya. Sebelum ini aku tidak pernah menyertai mana-mana usrah dan tidak pernah kenal apa itu usrah, mungkin disebabkan aku bersekolah di sekolah biasa, bukan sekolah agama. Untuk seketika aku bermonolog dengan diriku sendiri, 'macam mana aku nak sertai usrah sedangkan aku tidak pernah menyertai usrah sebelum ini, nanti apa yang aku kena cakap nanti, kalau disoal apa aku nak jawab'. Hurmm... akhirnya aku putuskan, 'x mengapa kalau x tahu, aku kan boleh belajar, kakak ada untuk tunjuk ajar, aku yakin kakak mesti bantu aku, kalau begitu aku nak ajak kawan-kawan aku la, nanti xde la aku segan sangat'. Kaki ku terus melangkah ke bilik sahabat-sahabatku, tanpa berlengah aku terus menyatakan hasratku dan mereka bersetuju untuk menyertaiku. Alhamdulillah... lega aku..

(hari yang di janjikan)

Terasa ringan kaki ku berjalan menuju ke surau bersama sahabat-sahabatku, setelah sampai di surau kakak dan beberapa orang sahabatnya yang masih belum ku kenali menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Hatiku berkata, Subhanallah, baiknya mereka.. segan pula aku melihat perbezaan pakaian kami, mereka semua bertudung labuh, memakai baju labuh lengkap berstoking, tapi aku?? hurmmm... tidak mengapalah, suatu hari nanti aku nak jadi mcm kakak-kakak yg ada kat sini..itu azam aku.. insyaALLAH.. semoga aku dibimbing.. Kakak menjadi naqibah kami, kakak mulakan bicaranya dengan salam dan bacaan alfatihah. Kakak mulakan usrah pertama ini dengan definisi usrah, dia tanye aku, tapi aku menggeleng kepala tanda tidak tahu. Seterusnya soalan kedua kakak, "hurmm adik-adik akak yg akak sayangi sekalian, kenapa awak nak join usrah ni? terpaksa atau sukarela? sape nak jawab dulu?" aku membiarkan sahabat-sahabatku menjawab dahulu dan aku adalah org terakhir menjawab soalan tersebut. Dengan ringkas dan rasa berdebar aku menjawab, "sy datang secara sukarela dan sy harapkan drpd usrah ni hidup sy akan terbimbing, supaya ada yang mengingatkan sy sewaktu sy khilaf". Itulah jawapanku.. sangat ringkas dan tiada ulasan.. Aku sangat pemalu bila berhadapan dengan orang yang aku tidak kenali apatah lagi nak bersuara. Aku akan bercakap bila ditanya je.. itulah aku..  Setelah satu jam lebih kami berusrah, azan maghrib mula dilaungkan menandakan telah masuk waktu maghrib. Kami berjemaah disitu. Selesai solat kami pon balik ke hostel, tiba-tiba satu msg masuk, terpampang jelas di skrin handset ku nama kakak. Aku baca msg tersebut " terima kasih adik kerana sudi datang", aku tersenyum membaca msg tersebut. 

Ketika itulah pintu hatiku mula terbuka untuk mengenal tentang islam dan sirah-sirah nabi dengan lebih mendalam. Subhanallah, Allahuakbar, jika bukan kerana keizinanMu, aku masih dalam keadaan gelap dan terumbang ambing dalam mengenal islam yang sebenar, Kau menyelamatkan aku dengan menghantar seorang kakak untuk membimbingku.. Terima kasih ya ALLAH, semoga pintu hatiku akan terbuka luas untuk berubah kearah yang lebih baik dari segi pemakaian, percakapan dan tingkah laku serta perangaiku. Terima kasih juga buat kakak yang tidak pernah lupa untuk membimbingku kejalan ini sehingga sekarang.. Alhamdulillah...

Wallahualam..


nick.aqielah@miahalieqa






Tuesday, June 19, 2012

Bila aku diam

Kadangkala kita berdiam diri bukan kerana kita telah melupakan, tetapi itu tandanya kita memberi masa untuk seseorang itu bersendiri, untuk berfikir dan untuk memberi ruangan kepada mereka menguruskan kehidupan mereka sendiri. Mungkin mereka memerlukan masa mereka tanpa gangguan dari sesiapa. Kadangkala, tindakan kita mungkin akan merimaskan sahabat kita tanpa kita sedari. Walaupun kita berusaha untuk memahami mereka dan mendampingi mereka disaat mereka susah dan senang, tetapi tiada siapa tahu niat suci kita itu melainkan Allah S.W.T. Kita cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk mereka, kerana itu aku diam untuk sementara waktu. Tetapi diam aku bukan sediam-diamnya, kerana dalam diam aku memerhatikan mereka dari jauh untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik dan doa ku sentiasa mengiringi mereka walau dimana mereka berada. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. InsyaALLAH. Ambillah masa mu wahai sahabat. Sesungguhnya aku sentiasa menunggu sapaan dari mu. Semoga sapaan mu sempat ku lihat sebelum aku menutup mata.


nick-aqielah@miahalieqa

Monday, June 18, 2012

Sesuatu yang terhalang

Kadang kala, bukan diri kita yang sebenar menghalang kita untuk meminta maaf dari seseorang, tetapi ego yang terlalu tinggi menjadi tembok besar kepada kita supaya jangan merendah diri. Oleh sebab itu, kebanyakan hubungan yang sekian lama terjalin banyak yang terputus ditengah jalan disebabkan ego yang menebal. Walau hati tersiksa disebabkan perasaan rindu dan sayang tetapi hati masih berdegil untuk menghalang diri sendiri dari melakukan sesuatu untuk berjuang mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ego perlu ada, tapi biarlah pada tempatnya, tidak perlu terlalu tinggi dan tidak perlu terlalu rendah kerana jika terlalu tinggi kesannya sangat mendalam sepanjang hayat. Jika terlalu rendah, takut nanti ada yang cuba mengambil kesempatan. 

nick-aqielah@miahalieqa

Saturday, June 16, 2012

Disaat tangisan itu jatuh

Ya ALLAH, aku tidak tahan lagi menahan air mata ini dari melimpah keluar membasahi pipi ini tatkala sedang membaca sebuah blog yg sudah lama aku abaikan. Dari tadi aku merenung screen laptop sehingga merah-merah mataku semata-mata untuk membaca satu blog. Blog tersebut milik sahabatku yang paling aku sayang. Ya ALLAH, jika bukan kerana keizinanMu, tidak mungkin terdetik di hatiku untuk membuka dan membaca blog tersebut. Ternyata, hidayah itu milik sang Penciptaku yang maha Agung. Semakin aku baca, semakin kuat perasaan aku untuk membaca lagi tajuk-tajuk seterusnya yg di ulas dengan mantap. Ternyata, sebakku tidak dapat dibendung lagi setelah mataku terhinggap pada tajuk yang seterusnya iaitu tentang perjuangan. Kalau sebelum ini, aku tidak faham apa erti sebenar perjuangan itu, tetapi pada saat ini aku mula memahami dengan lebih mendalam erti perjuangan dan pengorbanan. Ternyata perjuangan dan pengorbanan itu sungguh hebat ertinya. Terlalu banyak input yang aku dapat daripada isi bacaan tersebut, dan ia secara tidak sengaja telah banyak memberi motivasi dan semangat untuk aku meneruskan perjuangan. Daripada itu juga, aku dapat merasa betapa berharganya pengalaman sewaktu jatuh dan bangunnya kita dalam perjuangan. Disaat seseorang itu menghadapi kesusahan, disitulah letaknya pintu kesabaran, walaubagaimana susah pun kita, jika kita istiqomah dalam melakukan sesuatu insyaALLAH, Tuhan pasti membantu. Berbekalkan semangat yang tinggi pastinya akan dapat membawa kita ke jalan kejayaan. InsyaALLAH, berbekalkan ilmu yang ada ini, walau tidak seberapa tingginya, akan aku sampaikan kepada sahabat-sahabatku yang lain. Sekurang-kurangnya aku mampu melakukan dakwah kecil. InsyaALLAH, jika dengan dakwah kecil ini dapat melahirkan pewaris srikandi yang dapat menegakkan syiar islam, akan aku terus menerus berusaha untuk menyampaikan dakwah selagi mana aku mampu. Terima kasih sahabat, kerana menulis sesuatu yang berguna untuk aku baca sampai menitis-nitis air mata ini. Syukran ya ukhti..

nick-aqielah@miahalieqa