Monday, April 11, 2011

PERCAYA DIRI...

                                                    


4 langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan  membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari pelbagai alasan untuk sesuatu perkara, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sesekali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian kejayaan. Ingatlah bahawa otak kita adalah kawasan penyimpanan, sekiranya perkara negatif dimasukkan maka negatif la jd nya, begitu juga sebaliknya..

2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu kita untuk mencapai cita-cita hidup jika kita memberinya kesempatan. Biarkan otak menggambarkan diri kita sebagai peribadi yang kita inginkan. Otak dengan jelas akan menggambarkan apapun yang kita inginkan. Semakin kita memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika kita terus menerus membiarkan fikiran kita dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, kita hampir pasti akan mengalami penyakit yang kita fikirkan. JIka kita terus menerus memikirkan hasil negatif maka percayalah lama kelamaan ia akan menjadi negatif..

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang kita fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri kita, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup kita.

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalang begitu ramai orang sehingga mereka putus asa sebelum mencuba,  kerana mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatu pun disebabkan rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan ragu-ragu dgn keputusan mereka sndiri.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri kita untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan dan semangat. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannnya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
:)

No comments: