Wednesday, April 13, 2011

CANTIKNYA SEORANG WANITA




>cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bkn kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

>cantik seorang wanita itu,sebagai remaja tidak pada kulitnya yg mulus menggebu terdedah

>cantik seorang wanita itu,sebagai hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum adam

>cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan

>cantik seorang wanita itu, sebagai seorang isteri merempuh badai disisi suami

>cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai

>cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak dikala suami menjalin mimpi

>cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua

>cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu cicit

>cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasih dan maruah negara

>cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf

>cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi professionalis

>cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah




Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui barang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. “ (surah An-Nur ayat 31)


Allah berfirman yang bermaksud:
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.” (surah Al-Hadid ayat 16)


Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani).

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Sabda Rasullullah SAW ~~ ” Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. “…

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang “esok tiada bagi mu”. Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.





No comments: