Friday, April 29, 2011

MENCARI CINTA...


  




                       
Saban hari kita jumpa dengan org yg berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yg berbeza wujud menerjah dlm diri. Ada rasa suka, gembira yg teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Ade jugak rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongeng. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yg tidak bermatlamat. Cinta yg tidak pernah ditarbiyah. Cinta yg tdk disulami dgn niat lillahi ta'ala . katakan lah tidak. kerana ia akan merosakkan iman dan akidah kita.. 
Cinta itu sebenarnya utk kita jika Cinta itu ditempatkan dlm tempat yg sememangnya menjadi haknya. Cinta yg ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yg setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yg dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

tuhibbunallah.JPG
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)



No comments: