Saturday, May 21, 2011

WANITA DAN KEIMANAN...





(Khadijah, wanita syurga terbaik)
Aisyah r.a berkata, "Aku tidak pernah cemburu kpd isteri2 Nabi lebih dari kecemburuanku terhadap Khadijah yg mangkat sebelum Rasulullah meminangku. Aku mendengar Rasulullah menyebut-nyebut dirinya. Bahawa Allah memerintahkan Rasullulah memberikan khabar gembira kpd Khadijah dgn rumah dari emas di syurga. Apabila Rasulullah menyembelih kambing kemudian menghadiahkan daging kambing itu kpd semua isterinya, nescaya daging itu tidak mencukupi jumlah mereka" - HR.Bukhari dan Muslim. Beliau merupakan wanita pertama yg beriman dan mengorbankan semua untuk agama Allah. Dia adalah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w dan ibu kaum mukminin (Ummul Mukminin). Ibnu Athir berkata, "Khadijah binti Khuwailid adalah makhluk Allah pertama yg masuk Islam, demikian menurut kesepakatan (ijma') kaum muslimin. Oleh sebab itu, dia memiliki kedudukan tinggi di sis Allah dan Rasul-Nya"


Aisyah r.a berkata, "ketika di sebut nama Khadijah, Rasulullah s.a.w tidak bosan memuji dan memohon keampunan utknya. Pada suatu hari dia menyebut nama Khadijah hingga aku dihinggapi rasa cemburu. Aku berkata, 'Sungguh Allah s.w.t telah menggantikan wanita tua itu denganku!' Aku melihat Rasulullah murka terhadapku. Aku berkata dlm hati, 'Ya Allah, apabila Engkau menghilangkan murka Rasul-Mu, maka aku tidak akan menyebut keburukan Khadijah sama sekali.' Rasullulah melihat apa yg aku lakukan seraya berkata, 'Apa yg kamu ucapkan? Demi Allah, Khadijah telah beriman kepadaku di saat semua manusia mendustaiku. Dia selalu menyambutku ketika semua manusia mengusirku. Aku diberi kurnia anak darinya, namun kamu menahannya dariku.' Aisyah melanjutkan, 'Kemudian Rasulullah tiddak menemuiku selama sebulan." Hati Khadijah terus bergetar ketika pertama kali mendengar ajaran Islam. Hati yg dipenuhi oleh cahaya Islam itu menjadikannya seorang wanita pengulu syurga. Wallahualam~~


semoga berjumpa lagi di post yg akan dtg...


assalamualaikum....

No comments: