Saturday, May 14, 2011

Dalam diam aku mencintaimu..

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, 
susuk yang ia tampilkan, 
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya dan imannya, 
kerana itulah pintu hatinya.. 
Tempat dimana cinta itu ada.
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. 
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan...

Kita selak kembali sebuah kisah, iaitu kisah cinta Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, masyaALLAH... sangat menarik kisahnya. Ini kisah Ali, dipendamkan rasa hati dan perasaannya kerana beliau sedar bahawa dirinya tidak punya apa-apa selain usaha yang kuat untuk merealisasikan cintanya, beliau tertarik dengan seorang gadis yang mempunyai peribadi yang sangat tinggi, paras rupa yang cantik dan kecekalan yang kuat apatah lagi ibadahnya, itulah gadisnya puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra.. Cukup panjang jika nak dihuraikan, tetapi cukuplah jika dihuraikan dalam suatu riwayat, dikisahkan bahawa suatu hari, Saidatina Fatimah berkata kepada Ali, "maafkan aku kerana sebelum bernikah dengan mu, aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda,". Lalu, Ali terkejut mendengar pengakuan tersebut seraya berkata, " Jikalau begitu, mengapa engkau mahu menikah dengan ku? dan siapakah pemuda itu?" Sambil tersenyum, Fatimah Az-Zahra berkata, "ya, kerana pemuda itu adalah dirimu".

Lihatlah sahabat, betapa hebat peribadi dua insan agung.. mencintai dalam diam kerana percaya dan yakin bahawa Allah menentu jodoh mereka. Inilah cinta dua agung yang memperjuangkan hidupnya hanya kerana Allah dan RasulNya.. begitulah cinta yang bersenikan 'diam', saling mencintai tetapi masing-masing memendam perasaan kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepada ALLAH SWT.. Sememangnya amat sukar untuk menjadi seperti mereka. Namun, untuk meneladani mereka adalah suatu perkara yang perlu kita lakukan. Sememangnya keimanan kita tidak sama seperti mereka, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencontohinya. Jika ingin berjaya, tiada jalan lain melainkan cara hidup Rasulullah dan para sahabat, cara hidup yang melengkapi fitrah insaniah tetapi ramai diantara kita masih memilih jalan yang sukar. Pilihlah dengan pandangan mata hati yang bersih, bukan dengan pandangan nafsu semata-mata. Sentiasalah mendekatkan diri kita kepada Allah supaya diberi keyakinan dan kepercayaan dalam setiap keputusan..

titipkan cintamu pada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah kerana syaitan cuba menyelinap masuk dihati untuk menjadikan cinta yang hadir adalah cinta yang palsu dan akan merosakkan iman kita..

Jaga hati, jaga iman.. insyaALLAH, selamat dunia akhirat.. Wallahualam.. :)

take it easily...  
adios....

~nick-aqielah@miahalieqa~

No comments: