Tuesday, February 15, 2011

lingkaran bawah mata..








Melalui apa yang saya baca, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata nie. Antaranya ialah;


1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.



disini saya sediakan cara utk menghilangkan lebam bawah mata,mungkin dengan cara ini dapat membantu anda..


Ikuti cara2 seperti berikut;
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Selamat Mencuba dan Berjaya!


No comments: