Seorang
guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kepada anak muridnya.
Dia duduk menghadap anak muridnya. Ditangan kirinya ada kapur manakala
ditangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “saya ada satu
permainan... caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur dan ditangan
kanan saya ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebut
“kapur”, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka sebut “pemadam”. Anak
muridnya faham dan menyebut dengan betul, guru bersilih ganti mengangkat
tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “baik sekarang perhatikan. Jika saya
angkat kapur makan sebut “pemadam”, jika saya angkat kayu pemadam maka
sebut “kapur”. Dan diulang seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi
keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun, lambat laun
mereka kembali seperti biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa
minit kemudian permainan dihentikan.
Guru tadi tersenyum kepada
murid-muridnya dan berkata, “murid-murid, begitulah kita umat islam.
Mula-mula yang haq itu haq dan yang batil itu batil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita
dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah
menjadi batil dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima
hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara
menarik mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu,
seterusnya kita akan mulai mengikutinya. Musuh-mush kita tidak pernah
berhenti membolak balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum islam
dari semasa ke semasa. Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi
menjadi sesuatu yang pelik, pakaian yang seksi meksi menjadi hal yang
lumrah, tanpa rasa malu dan segan menayang tubuh yang mengenakan dress
yang ketat metat, terlebih kain disana terkurang kain disini kepada
lelaki ajnabi. Trend hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan
yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan
lain-lain.” “semuanya sudah terbalik, dan tanpa kita sedari, kita
sedikit demi sedikit menerima tanpa rasa ia satu kesalahan. Faham?”
tanya guru kepada anak muridnya. “Baik, untuk permainan kedua,...” guru
meneruskan..
“Cikgu ada quran, cikgu akan letak di tengah karpet.
Sekarang kamu semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah,
bagaimana caranya mengambil quran yang ada di tengah tanpa memijak
karpet?” murid-muridnya mula berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat
dan macam-macam lagi. Akhirnya guru memberi jalan keluar, digulungnya
karpet dan ia ambil quran tersebut. Ia memenuhi syarat, tidak memijak
karpet. “murid-murid, begitulah umat islam dengan musuhnya.. musuh
islam tidk akan memijak dengan terang terangan.. kerana tentu kita akan
menolak denga mentah. Orang biasa pon x suka kalau islam dihina di
hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur
sehinggakan kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang
kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah islam, jika ingin kuat maka
bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah,
tentu susah jika dimulai dengan tapaknya dulu, tentunya dinding dan
peralatan dikeluarkan dulu baruah rumah dihancurkan. Begitulah
musuh-musuh islam menghancurkan kita, ia tidak akan menghentam terang
–terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dengan
perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain sehingga meskipun kita
muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran islam dan mengikuti cara
mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul
Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh
kita”, “kenapa mereka tidak berani memijak kita secara terang-terangan
cikgu” tanya seorang murid. Sesungguhnya mereka dahulu terang-terangan
menyerang islam, misalnya perang salib, perang tartar dan lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah islam... kalau diserang
perlahan-lahan mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau
diserang terang-terangan, kita akan bangkit serentak dan mereka akan
gerun.
Tamat cerita..... hehe
Moralnya disini, ana nak
cerita berkenaan dengan akidah.
Inilah penyebab runtuhnya akidah islam dan tumbangnya satu persatu anak
bangsa. InsyaALLAH, kita fikir-fikirkan bersama dan sama-sama kita
muhasabah kembali diri kita yang sering terleka ini..
Assalamualaikum
wbt..