Ujian itu pasti akan ada untuk setiap manusia, cuma cara ujian itu disampaikan mungkin berbeza. Kunci kepada ujian adalah kesabaran. Jika kesabaran itu nipis maka kalahlah seseorang itu dalam menghadapi ujian, sepertimana kata lain adalah kalah dalam menghadapi "peperangan". Ujian itu ibarat peperangan, ibarat pisau yang tajam, jika tidak berhati-hati, akan tertikam diri sendiri. Bila seseorang itu menghadapi ujian hendaklah mereka mendekatkan diri dengan yang Maha mendengar, bukan melepaskan kepada perkara yang melalaikan dan yang paling utama adalah jangan sesekali mengeluh diatas ujian yang diberi. Kerana Allah maha mengetahui, jika Dia turunkan ujian untuk kita, itu bermakna Dia masih mengingati kita dan tahu kita mampu untuk menghadapi ujian yang diberi. Allah tidak akan memberi ujian sekiranya tahu manusia itu tidak mampu menghadapinya. Mintalah petunjuk dariNya, jangan jadi manusia yang 'sombong'. Yang hanya tahu menerima tapi tidak pernah berterima kasih. Yang hanya tahu mengeluh tapi tidak pernah merendah diri untuk menadah tangan dan tidak pernah pula bersujud kepadaNya. Itulah manusia yang sombong.
Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal
Sunday, April 15, 2012
Jika ku hadir untuk disakiti
Setiap hari aku menghitung sisa-sisa waktu yg tinggal dan merenung buat kali terakhir wajah itu. Dan akhirnya wajah itu akan pergi jua berlalu seperti angin yang menyinggah dan membawa daun-daun kering. Yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang mungkin akan luput di minda yang lemah. Terkadang air mata ini mula merembes keluar melimpah dari kolam mataku. Kenapakah begitu? mungkin inilah takdirnya, setiap yang datang itu pasti akan pergi. Duhai sahabat, sesungguhnya pertemuan ini sungguh singkat, tetapi bagaimana harus aku pertahankan kerana takdir itu tetap akan menjadi takdir. Tidak mungkin dapatku ubah takdir yang telah tercatat itu. Namun, aku tetap bersyukur kepadaNya kerana mempertemukan aku dengan sahabat yang telah banyak mengubah hidup ku untuk mengenal sang Penciptaku dengan lebih dekat. Terima kasih Tuhan kerana mengirimkan sahabat yang baik untukku walaupun hanya dalam jangka waktu yang singkat. Ya Allah, tolong aku untuk menerima kepergian sahabatku ini. pertemukanlah kami semula suatu hari nanti. Sesungguhnya aku menyanyangi sahabatku ini kerana Mu ya Allah.
Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis
Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik hatiku butakan hatiku
Kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu
Mungkin karnaku terlalu mencintaimu
Ku terluka
Kemana ku berlari
Kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku
Setiap hari aku menghitung sisa-sisa waktu yg tinggal dan merenung buat kali terakhir wajah itu. Dan akhirnya wajah itu akan pergi jua berlalu seperti angin yang menyinggah dan membawa daun-daun kering. Yang tinggal hanyalah sebuah kenangan yang mungkin akan luput di minda yang lemah. Terkadang air mata ini mula merembes keluar melimpah dari kolam mataku. Kenapakah begitu? mungkin inilah takdirnya, setiap yang datang itu pasti akan pergi. Duhai sahabat, sesungguhnya pertemuan ini sungguh singkat, tetapi bagaimana harus aku pertahankan kerana takdir itu tetap akan menjadi takdir. Tidak mungkin dapatku ubah takdir yang telah tercatat itu. Namun, aku tetap bersyukur kepadaNya kerana mempertemukan aku dengan sahabat yang telah banyak mengubah hidup ku untuk mengenal sang Penciptaku dengan lebih dekat. Terima kasih Tuhan kerana mengirimkan sahabat yang baik untukku walaupun hanya dalam jangka waktu yang singkat. Ya Allah, tolong aku untuk menerima kepergian sahabatku ini. pertemukanlah kami semula suatu hari nanti. Sesungguhnya aku menyanyangi sahabatku ini kerana Mu ya Allah.
"Ukhwah yang terbina tidak akan terputus walaupun jasad terpisah"
kata-kata yang kau coretkan untukku, insyaALLAH akan ku ingat sentiasa.
by:nick.aqielah@miahalieqa
Subscribe to:
Posts (Atom)